Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bintulu di landasan menjadi hab tenaga hijau utama ASEAN menjelang 2030
  • TEMPATAN

Bintulu di landasan menjadi hab tenaga hijau utama ASEAN menjelang 2030

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Bintulu,   hari ini . Foto: UKAS

BINTULU: Bintulu kini berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai hab tenaga hijau dan ekonomi hidrogen utama ASEAN menjelang 2030, selaras dengan perkembangan pesat sektor industri, ekonomi serta pembangunan infrastruktur di bahagian itu.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, transformasi yang berlaku di Bintulu membuktikan kawasan itu bukan lagi sekadar bandar industri biasa, sebaliknya menjadi nadi pertumbuhan ekonomi paling dinamik di Sarawak.

Menurut beliau, Bintulu yang kini mempunyai populasi melebihi 260,000 penduduk turut menerima pengiktirafan global oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) menerusi inisiatif Transformasi Kluster Perindustrian (TIC) sebagai salah satu hab industri rendah karbon utama dunia, serta yang pertama seumpamanya di Malaysia dan rantau Asia.

“Tidak lama dahulu, Bintulu hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang tenang dengan kemudahan dan peluang yang terhad.

“Namun hari ini, Bintulu bangkit sebagai Hab Tenaga Sarawak yang memainkan peranan penting dalam sektor tenaga, gas asli dan petrokimia,” katanya dalam ucapan alu-aluan sempena Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Bintulu, hari ini.

Beliau berkata, pencapaian di Taman Perindustrian Samalaju sepanjang tahun 2025 membuktikan perkembangan memberangsangkan ekonomi Bintulu apabila hampir 9,200 peluang pekerjaan diwujudkan, dengan 82 peratus daripadanya diisi anak Sarawak sendiri.

Katanya, kawasan perindustrian itu turut menyumbang RM6.2 bilion kepada ekonomi tempatan selain merekodkan pembayaran gaji tahunan sebanyak RM700 juta kepada pekerja.

“Selain itu, sebanyak RM16.58 bilion produk logam asas berjaya dieksport ke pasaran antarabangsa. Angka ini bukan sekadar statistik, tetapi rezeki kepada keluarga, peluang pendidikan anak-anak dan peningkatan taraf hidup masyarakat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Projek SPK Jelutong Fasa I telah siap sepenuhnya melibatkan 97 unit kediaman sedia dihuni, manakala Fasa II kini sedang dilaksanakan melibatkan 768 lot baharu.

Tambah beliau, sehingga Mei 2026 sebanyak 26 projek di Daerah Tatau dan 49 projek di Daerah Sebauh telah berjaya disiapkan, sebagai bukti komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan dinikmati seluruh rakyat termasuk di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, pembangunan di Bintulu tidak hanya tertumpu di kawasan bandar, sebaliknya turut melibatkan Jepak, Sebauh, Tatau dan Tubau menerusi pelaksanaan pelbagai projek kemudahan awam serta infrastruktur asas.

Antara projek yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk Kompleks Sukan Sebauh, Mini Stadium Tatau, Perluasan Kampung Melayu Tubau, projek bekalan air luar bandar, pencawang elektrik baharu, sistem pembetungan dan projek tebatan banjir.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan turut memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan apabila lapan cadangan pembinaan sekolah baharu telah dikenal pasti khususnya di kawasan Jepak Jaya dan sekitarnya.

Mengulas hala tuju pembangunan menjelang 2030, beliau berkata industri masa depan seperti green ammonia, tenaga hidrogen dan ekonomi rendah karbon sedang giat dibangunkan dan dijangka menjadi pemangkin baharu ekonomi Sarawak.

“Kerajaan juga terus melabur dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Pelajar Setara Sepenuh Masa (FTES), pembangunan bakat dan ekonomi digital bagi memastikan anak-anak Bintulu mampu menjadi tenaga kerja mahir dan pemimpin industri masa depan,” katanya.


Oleh Faizah Muzidi

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PM Anwar seru majoriti cintakan kedamaian tolak naratif kebencian
Next: Kampung Nyalau bakal dibangunkan sebagai bandar baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.