Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri hingga 7.00 malam ini
  • SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri hingga 7.00 malam ini

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Putrajaya serta lapan negeri hingga 7.00 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri itu ialah Perak melibatkan Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim serta Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman). 

Keadaan sama turut dijangka melanda Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Maran dan Kuantan selain di Selangor meliputi kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Di Negeri Sembilan kawasan terlibat ialah Jelebu dan Seremban manakala Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang.

Amaran sama turut melibatkan Sarawak di Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau) serta Sabah merangkumi kawasan di Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Tawau (Lahad Datu). – Bernama

Continue Reading

Previous: Kad pengenalan, pasport antara kaedah sahkan umur pengguna media sosial berkuat kuasa 1 Jun 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.