Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Zulhafiza Muhammad dilantik Pengarah Penjara Pusat Sri Aman baharu berkuat kuasa 31 Mei
  • Selatan
  • WILAYAH

Zulhafiza Muhammad dilantik Pengarah Penjara Pusat Sri Aman baharu berkuat kuasa 31 Mei

Utusan Sarawak 5 hours ago
MAJLIS Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Pusat Sri Aman. Foto: Penjara Pusat Sri Aman

SIMANGGANG: Penguasa Penjara (PP), Zulhafiza Muhammad secara rasmi diumumkan sebagai Pengarah Penjara Pusat Sri Aman yang baharu berkuat kuasa mulai 31 Mei ini.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Penolong Komisioner Penjara (PKP), Mohd Nizar Abdullah yang bersara wajib selepas menamatkan perkhidmatan cemerlang menerajui institusi berkenaan.

Menurut kenyataan media Penjara Pusat Sri Aman, majlis serah terima tugas yang berlangsung di dewan utama institusi itu berjalan dengan penuh tertib, rasmi serta diselubungi semangat kekeluargaan.

Majlis berkenaan turut disaksikan oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Teyun Thian Eim yang hadir bagi menyempurnakan simbolik pertukaran kepimpinan institusi tersebut.

PROSES penandatanganan dokumen rasmi serah tugas antara Mohd Nizar dan Zulhafiza. Foto: Penjara Pusat Sri Aman

Antara acara utama yang berlangsung ialah penandatanganan dokumen rasmi serah terima tugas antara Mohd Nizar dan Zulhafiza sebagai simbolik peralihan kuasa pentadbiran dan pengurusan institusi.

Turut berlangsung penyerahan tongkat kuasa yang melambangkan penyerahan rasmi tanggungjawab kepimpinan Penjara Pusat Sri Aman kepada pengarah baharu.

Majlis turut diserikan dengan gimik ‘Clock-Out’ sebagai tanda penghargaan dan pelepasan rasmi kepada Mohd Nizar yang melangkah ke fasa persaraan selepas sekian lama berkhidmat dalam Jabatan Penjara Malaysia.

Dalam ucapan perpisahannya, PKP Mohd Nizar Abdullah menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kerja Penjara Pusat Sri Aman atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kepimpinannya.

Beliau turut berharap institusi berkenaan akan terus melakar kecemerlangan di bawah kepimpinan baharu demi memperkukuhkan lagi mutu perkhidmatan organisasi.

Sementara itu, PP Zulhafiza Muhammad menyatakan komitmennya untuk menggalas amanah tersebut dengan penuh profesionalisme serta meneruskan agenda pengurusan dan pentadbiran institusi selaras dengan aspirasi Jabatan Penjara Malaysia.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan dan jamuan ringan bersama pegawai kanan serta kakitangan yang hadir, sekali gus memperlihatkan kesinambungan kepimpinan yang diyakini mampu memperkukuhkan lagi pengurusan Penjara Pusat Sri Aman pada masa hadapan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembinaan pintu air baharu selesai masalah banjir di Kampung Melayu Roban
Next: Latihan tembak tahunan IPD Betong perkukuh kesiapsiagaan anggota polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.