Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pelatih, kakitangan Sarawak Metro lengkap latihan industri di Yibin
  • SEMASA

Pelatih, kakitangan Sarawak Metro lengkap latihan industri di Yibin

Utusan Sarawak 10 hours ago
PELATIH dan kakitangan Sarawak Metro bergambar kenangan bersama wakil EMGJV dan pengurusan CRRC SDIG Rail Transit di Yibin, China.

KUCHING: Sekumpulan pelatih dan kakitangan Sarawak Metro Sdn Bhd berjaya menamatkan latihan industri selama sebulan di Yibin, China, yang memberi pendedahan secara langsung dalam proses pengeluaran dan pemasangan kenderaan Autonomous Rapid Transit (ART) berkuasa hidrogen.

Program di bawah inisiatif Socio-Economic Enhancement Development (SEED) itu berlangsung dari 18 April hingga 15 Mei di kilang Sichuan CRRC SDIG Rail Transit Co. Ltd, iaitu pengeluar utama kenderaan ART hidrogen. Latihan tersebut menggabungkan pendedahan teori, latihan praktikal serta pengalaman di tapak, meliputi proses pemasangan, integrasi komponen, ujian dan kawalan kualiti mengikut piawaian industri pengeluar asal (OEM).

Majlis penutup program berkenaan telah diadakan di Yibin baru-baru ini dan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Undang-Undang serta Setiausaha Syarikat Sarawak Metro, Bibi Waheeda Arman Khan yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Ts. Mazli Mustaffa.

WANG Guocheng (dua,kanan) menyampaikan sijil kepada Suzana Abdullah, disaksikan oleh pegawai Sarawak Metro dan wakil EMGJV semasa majlis penutup latihan industri di Yibin.

Menurut Mazli, pelaksanaan latihan industri ini bertepatan dengan perkembangan penting projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching atau Kuching Urban Transportation System, khususnya menjelang ketibaan dua unit pertama ART hidrogen ke Kuching tidak lama lagi. Beliau berkata inisiatif SEED itu mencerminkan komitmen berterusan Sarawak Metro dalam melahirkan tenaga kerja mahir tempatan bagi menyokong industri pengangkutan berteknologi tinggi.

Seramai lima peserta menamatkan latihan industri tersebut, terdiri daripada pelatih kanan dan seorang eksekutif kanan daripada Jabatan Operasi & Penyelenggaraan Sarawak Metro. Program ini turut disokong oleh kontraktor Projek Sistem Paket 1, EPR Mobilus GR JV Sdn Bhd, yang memainkan peranan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan latihan berkenaan.

Sejak 2022, program SEED melalui Young Talent Programme (YTP) telah melatih lebih 60 pelatih, sekali gus membangunkan kumpulan tenaga kerja mahir dalam teknologi pengangkutan baharu melalui pendedahan terus bersama pengeluar asal (OEM).

Continue Reading

Previous: Kempen Haji Lestari buka peluang jemaah sumbang kain ihram untuk kitar semula
Next: Kad pengenalan, pasport antara kaedah sahkan umur pengguna media sosial berkuat kuasa 1 Jun 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.