Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kempen Haji Lestari buka peluang jemaah sumbang kain ihram untuk kitar semula
  • SEMASA

Kempen Haji Lestari buka peluang jemaah sumbang kain ihram untuk kitar semula

Utusan Sarawak 9 hours ago
DR Zulkifli Hasan.

MAKKAH: Kempen Haji Lestari yang dilaksanakan Malaysia membuka peluang kepada jemaah untuk menyumbang kain ihram terpakai bagi tujuan kitar semula, sekali gus mengurangkan pembaziran sisa tekstil selepas musim haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata inisiatif yang diterajui Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama pihak berkuasa Arab Saudi itu merupakan sebahagian daripada usaha menerapkan budaya penjagaan alam sekitar dalam kalangan jemaah haji.

Beliau berkata kempen berkenaan menyediakan ekosistem lengkap bagi membolehkan jemaah menyumbang kain ihram terpakai selain mengasingkan bahan buangan lain seperti kertas dan plastik untuk dikitar semula.

“Haji juga perlu mempunyai dimensi penjagaan alam sekitar. Penjagaan alam sekitar merupakan amanah dan tanggungjawab seluruh umat manusia dan ibadah haji adalah antara platform yang boleh menonjolkan komitmen tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Haji Lestari, di sini, hari ini.

Beliau berkata pendekatan itu membolehkan kain ihram yang sebelum ini mungkin dibuang atau ditinggalkan selepas musim haji diberi nilai baharu menerusi proses kitar semula dan penggunaan semula secara kreatif.

Katanya, inisiatif yang dilaksana Malaysia itu turut menyokong usaha Arab Saudi memperluaskan amalan ekonomi kitaran dan kelestarian alam sekitar selaras dengan aspirasi Visi Saudi 2030.

Zulkifli berkata Malaysia menjadi antara negara terawal menyediakan sistem sokongan menyeluruh bagi menjayakan agenda haji lestari, termasuk memberi kesedaran kepada jemaah bahawa menjaga alam sekitar juga sebahagian daripada tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

“Malaysia adalah peneraju dalam haji lestari di dunia dan kita mahu menyampaikan mesej kepada masyarakat antarabangsa bahawa aspek penjagaan alam sekitar perlu menjadi sebahagian daripada pengalaman ibadah haji,” katanya.

Beliau berkata usaha itu membuktikan bahawa amalan lestari boleh diterapkan walaupun dalam himpunan manusia terbesar di dunia, sekali gus menjadikan ibadah haji bukan sahaja medan penyucian jiwa tetapi juga platform memupuk tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar. – Bernama 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kawal emosi, jaga akhlak kunci peroleh haji mabrur
Next: Pelatih, kakitangan Sarawak Metro lengkap latihan industri di Yibin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.