Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPWKM giat kesan pusat jagaan tidak berdaftar
  • NASIONAL

KPWKM giat kesan pusat jagaan tidak berdaftar

Utusan Sarawak 5 hours ago
KPWKM giat kesan pusat jagaan tidak berdaftar. Foto hiasan. Foto Bernama.

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) giat melaksanakan pemeriksaan mengejut di pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara bagi memastikan pematuhan serta mengesan premis tidak berdaftar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu susulan beberapa laporan kes membabitkan kematian bayi dan kanak-kanak di pusat jagaan yang menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap aspek keselamatan.

“Ketika ini mereka (Jabatan Kebajikan Masyarakat) masih melakukan lawatan mengejut. Jika mereka dapati ada pelanggaran, tindakan akan diambil serta-merta termasuk mengarahkan premis ditutup,” katanya kepada media selepas melancarkan program Majlis Penyertaan Malaysia di bawah Konvensyen Hak Kanak-Kanak di sini, hari ini.

Nancy berkata, masih terdapat pusat jagaan tidak berdaftar yang gagal dikesan berikutan kurangnya kesedaran awam dan laporan daripada komuniti.

Beliau berkata, orang awam diharapkan dapat memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat berkaitan pusat jagaan kanak-kanak yang disyaki beroperasi tanpa pendaftaran.

“Inilah yang kami maksudkan, pendekatan seluruh komuniti. Kami perlukan sokongan itu kerana kami juga tidak akan tahu mengenai kewujudan pusat jagaan tidak berdaftar melainkan orang ramai memberi sedikit petunjuk,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Syarikat didenda RM21,000 guna logo halal tidak sah pada produk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.