Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan perketat perlindungan dalam talian untuk kanak-kanak susulan peningkatan jenayah seksual digital – Nancy
  • NASIONAL
  • TEMPATAN

Kerajaan perketat perlindungan dalam talian untuk kanak-kanak susulan peningkatan jenayah seksual digital – Nancy

Utusan Sarawak 5 hours ago
KERAJAAN bakal perketat perlindungan keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak menerusi pindaan ONSA 2025 susulan peningkatan kes jenayah seksual digital dan eksploitasi kanak-kanak di negara ini.

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang memperkukuh perlindungan keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak, termasuk melalui pindaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2025, susulan peningkatan kes jenayah seksual digital membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata isu itu ditangani secara serius, termasuk melalui kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.

“Kita akan membuat pindaan berhubung keselamatan dalam talian, khususnya untuk kanak-kanak di bawah ONSA 2025 dan kita akan membuat pindaan berkaitan perkara itu.

“Perbincangan telah diadakan dengan beberapa kementerian, namun belum ada sebarang keputusan konkrit dimuktamadkan setakat ini. Beberapa prosedur perlu ditangani,” katanya kepada media selepas melancarkan program “A Journey of Malaysia’s Participation under the Convention on the Rights of the Child”, di sini hari ini.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian, termasuk pengumpulan bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Nancy berkata demikian ketika ditanya mengenai peningkatan membimbangkan jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian di negara ini, yang menyaksikan lebih 1.47 juta fail digital berkaitan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak (CSAM) dikesan melalui empat operasi besar yang dijalankan dari 2024 hingga April tahun ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Projek Pusat Komuniti MBKS lewat siap timbulkan persoalan akauntabiliti – Michael Kong
Next: Dua kod baharu ONSA kuat kuasa 1 Jun lindungi kanak-kanak dalam talian – MCMC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.