Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Aidiladha pada 29, 30 Mei
  • NASIONAL

Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Aidiladha pada 29, 30 Mei

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEMPENA Aidiladha, penghuni penjara dibenar bertemu keluarga secara bersemuka pada 29 dan 30 Mei.

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia membenarkan lawatan dan perjumpaan khas secara bersemuka penghuni penjara dengan keluarga sempena sambutan Aidiladha pada 29 dan 30 Mei.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan perjumpaan meliputi semua institusi penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.

“Waktu lawatan ditetapkan dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang dengan keutamaan diberikan kepada penghuni beragama Islam sahaja.

“Pelawat tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman kepada penghuni, sebaliknya boleh dibeli di kantin penjara,” menurut kenyataan itu. 

Selain itu, pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni kerana semua kemudahan asas telah disediakan kecuali bagi urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan yang memerlukan mereka mendapatkan resit rasmi PPT 28 daripada pihak penjara sebagai akuan penerimaan.

Jabatan itu memaklumkan pelawat tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara melakukan pemeriksaan fizikal ketika masuk dan keluar dari institusi penjara.

Sementara itu, bagi keluarga yang tidak dapat hadir ke penjara, perjumpaan secara dalam talian disediakan dari 30 Mei hingga 1 Jun.

Keluarga yang ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi institusi penjara yang berkaitan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Nyawa hampir melayang, jurukamera RTM tetap cekal galas tugas
Next: Kerajaan perketat perlindungan dalam talian untuk kanak-kanak susulan peningkatan jenayah seksual digital – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.