Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga lelaki terlibat kemalangan kendiri di Jalan Kuala Tatau
  • KEMALANGAN

Tiga lelaki terlibat kemalangan kendiri di Jalan Kuala Tatau

Utusan Sarawak 4 hours ago
OPERASI menyelamat dijalankan anggota BBP Tatau bagi menstabilkan mangsa kemalangan kendiri melibatkan sebuah Toyota Hilux di Jalan Kuala Tatau.

BINTULU: Tiga individu terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah Toyota Hilux di Jalan Kuala Tatau semalam. 

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.01 malam.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 35 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah Toyota Hilux dengan tiga mangsa lelaki dewasa.

“Dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian pinggang manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Kesemua mangsa dilaporkan berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO).

PKO kemudian menjalankan tindakan menstabilkan mangsa sebelum mengangkat mereka menggunakan pengusung ke kawasan selamat sementara menunggu ketibaan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita maut kereta terbabas dalam parit
Next: Lelaki 58 tahun maut dalam kemalangan di KM18 Jalan Lundu-Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.