Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kesedaran awal senjata lindungi generasi muda daripada dadah
  • Utara
  • WILAYAH

Kesedaran awal senjata lindungi generasi muda daripada dadah

Utusan Sarawak 3 hours ago
ZAKARIA Mohamad.

BINTULU: Ancaman dadah kini bukan lagi isu yang jauh daripada masyarakat, malah semakin membimbangkan apabila golongan muda menjadi antara kelompok paling mudah terdedah kepada gejala itu.

Justeru, usaha memberi kesedaran awal dilihat penting sebagai benteng utama dalam melindungi generasi muda daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang lain.

Bagi tenaga pengajar GiatMARA Bintulu, Zakaria Mohamad, program kesedaran seperti Program Jelajah Aspirasi ‘Memperkasa Generasi Terbilang Tanpa Dadah’ wajar diteruskan secara berterusan kerana mampu membuka mata masyarakat mengenai bahaya sebenar dadah.

Menurut beliau, pendekatan mendekati golongan remaja dan pelajar sekolah amat penting memandangkan mereka antara kelompok yang mudah dipengaruhi jika kurang pendedahan.

“Pada pendapat saya, program ini sangat bagus. Tetapi ia memerlukan kesinambungan kerana kita tahu penyalahgunaan dadah kini semakin berleluasa di negara kita dan di tempat kita sendiri.

“Kalau boleh, lebih banyak program seperti ini diadakan di sekolah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar,” katanya.

JALEHA Bujang.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Bintulu, Jaleha Bujang berkata, program kesedaran tidak seharusnya tertumpu di satu lokasi sahaja, sebaliknya perlu dibawa terus ke sekolah dan kampung-kampung.

Katanya, pendekatan turun padang membolehkan masyarakat memahami dengan lebih dekat kesan buruk penyalahgunaan dadah, daun ketum, vape dan bahan terlarang lain yang semakin membelenggu masyarakat hari ini.

“Program seperti ini boleh dibawa ke sekolah-sekolah dan kampung-kampung untuk mendekati masyarakat termasuk murid-murid sekolah.

“Apa yang penting adalah kesedaran tentang bahaya dadah, daun ketum dan bahan lain kerana penerangan yang diberikan mampu membuka mata masyarakat mengenai kesan buruk penyalahgunaan bahan terlarang,” katanya.

Beliau turut berharap lebih banyak program berbentuk pendidikan dan advokasi dilaksanakan secara konsisten agar masyarakat tidak memandang ringan ancaman dadah yang boleh merosakkan masa depan generasi muda.

Hakikatnya, usaha memerangi dadah bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi memerlukan sokongan seluruh masyarakat dalam membina komuniti yang lebih selamat, sihat dan bebas daripada pengaruh dadah.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Komuniti perlu berganding bahu banteras penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.