Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MINDEF tekad perkukuh usaha jaga kebajikan veteran ATM
  • NASIONAL

MINDEF tekad perkukuh usaha jaga kebajikan veteran ATM

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercakap kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Program Jiwa Murni MADANI Kementah di Felda Maokil.

KUALA LUMPUR: Usaha memperkukuh dan memperluas sokongan terhadap veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus menjadi komitmen Kementerian Pertahanan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata agenda menjaga kebajikan para veteran merupakan tanggungjawab moral negara yang amat penting dan tidak boleh diabaikan.

Mohamed Khaled berkata segala jasa, khidmat bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan warga veteran dalam mempertahankan keamanan serta kedaulatan tanah air, akan sentiasa dihargai dan tidak sesekali dilupakan.

“Kementerian Pertahanan akan terus memberi perhatian kepada veteran, memperkukuh usaha sedia ada dan memperluas sokongan kepada veteran dari semasa ke semasa,” katanya menerusi hantaran di laman sosial X rasmi beliau hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled menzahirkan ucapan tahniah kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-104 semalam.

Beliau menyifatkan PVATM sebagai antara persatuan veteran terbesar dan utama di negara ini, yang telah memainkan peranan penting sejak penubuhannya pada 1922.

“Persatuan itu kekal utuh dalam mewakili serta memperjuangkan kebajikan dan kepentingan seluruh warga veteran ATM di Malaysia,” katanya.

Mohamed Khaled turut berharap PVATM akan terus mengekalkan momentum kecemerlangan dan terus berdiri teguh sebagai suara utama yang memperjuangkan nasib golongan pejuang negara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Raja Muda Selangor ditauliahkan pangkat Leftenan Komander TLDM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.