Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penduduk bertempiaran ke jalanan selepas Naples digegar gempa bumi berukuran 4.4
  • GLOBAL

Penduduk bertempiaran ke jalanan selepas Naples digegar gempa bumi berukuran 4.4

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

NAPLES: Gempa bumi kuat melanda bandar Naples di selatan Itali hari ini, mengejutkan ramai penduduk daripada tidur akibat gegaran kuat dan menyebabkan sebahagian mereka bertempiaran ke jalanan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan Itali memaklumkan gempa bumi berukuran 4.4 magnitud itu melanda kawasan Phlegraean Fields, sebuah kawasan aktiviti gunung berapi tinggi yang meliputi pinggir barat bandar itu hingga ke Laut Mediterranean, pada 5.51 pagi (0351 GMT).

Tiada kerosakan segera dilaporkan akibat gempa bumi itu, yang merupakan antara yang paling kuat melanda rantau berkenaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tahun lepas, gempa bumi berukuran 4.6 magnitud direkodkan di kawasan Phlegraean Fields.

Pusat gempa terbaharu pada Khamis itu terletak di laut berhampiran pinggir bandar Pozzuoli dan Bacoli. Gegaran turut dirasai di pelbagai daerah di Naples, yang terletak di kaki Gunung Vesuvius.

Beberapa sekolah kekal ditutup pada Khamis sebagai langkah berjaga-jaga. Kira-kira tiga juta penduduk tinggal di bandar itu dan kawasan sekitarnya. – Bernama 

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tiga maut selepas terdedah kepada bahan tidak dikenal pasti di AS
Next: Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.