Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jari kanak-kanak tersangkut pingat berjaya diselamatkan APM Betong menggunakan benang
  • Tengah
  • WILAYAH

Jari kanak-kanak tersangkut pingat berjaya diselamatkan APM Betong menggunakan benang

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA APM Betong bertindak pantas membantu seorang kanak-kanak yang mengalami kecemasan apabila jari telunjuknya tersangkut pada sebuah pingat dalam kejadian di Betong semalam. Foto: APM Betong

BETONG: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Betong berjaya membantu menyelamatkan seorang kanak-Kanak selepas jari telunjuknya tersangkut pada sebuah pingat dalam satu kejadian di sini semalam.

​Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapten Mohammad Noor Ini berkata, bilik gerakan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Betong menerima panggilan kecemasan daripada seorang yang dikenali sebagai Christy Nawai pada 1.15 tengah hari.

Pengadu yang juga merupakan ibu kepada mangsa kemudiannya bertindak membawa sendiri anaknya terus ke Pejabat APM Betong bagi memohon bantuan segera untuk mengeluarkan objek berkenaan.

​Sejurus menerima aduan tersebut, sebuah pasukan yang terdiri daripada tiga anggota penyelamat iaitu Lans Koperal Anthnio Gama Sempurai, Prajurit Rizal Merebai, dan Prajurit Anddy Harrison Wahid telah dikerahkan untuk memberikan bantuan kecemasan.

ANGGOTA APM Betong bertindak pantas membantu seorang kanak-kanak yang mengalami kecemasan apabila jari telunjuknya tersangkut pada sebuah pingat dalam kejadian di Betong semalam. Foto: APM Betong

​Setibanya pengadu bersama anaknya di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati jari telunjuk mangsa sudah mula tersekat erat pada bahagian lubang pingat tersebut.

Anggota penyelamat dengan kepakaran yang ada bertindak menggunakan teknik lilitan benang bagi mengeluarkan pingat itu secara berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan yang lebih parah pada jari mangsa.

​Operasi menyelamat berkenaan mengambil masa sekitar tujuh minit dan pingat tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan sepenuhnya pada 1.27 tengah hari.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Belia luar bandar digalak kuasai AI, rebut peluang dunia digital – Doris
Next: Amanita IPD Lubok Antu dekati suri rumah, perkasakan kesedaran pencegahan jenayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.