Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 13 banduan Penjara Pusat Sri Aman dibebaskan melalui PBSL sempena Aidiladha dan Gawai
  • Selatan
  • WILAYAH

13 banduan Penjara Pusat Sri Aman dibebaskan melalui PBSL sempena Aidiladha dan Gawai

Utusan Sarawak 5 hours ago
SERAMAI 13 OBB di Penjara Pusat Sri Aman menerima PBSL Madani Yakin (Kepulangan Yang Dinanti) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini. Foto Penjara Pusat Sri Aman.

SIMANGGANG: Seramai 13 Orang Bebas Berlesen (OBB) di Penjara Pusat Sri Aman menerima Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Madani Yakin (Kepulangan Yang Dinanti) sempena sambutan Aidiladha, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Penjara Pusat Sri Aman, program pelepasan itu telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Pusat Sri Aman pada 10.30 pagi.

Daripada jumlah keseluruhan OBB yang menjalani PBSL, seramai lapan individu diserahkan kepada keluarga masing-masing manakala lima lagi diserahkan kepada Majikan Bukan Rakan Kerjasama (CSI) sebagai sebahagian daripada proses reintegrasi sosial dan pekerjaan.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa program PBSL Madani Yakin merupakan antara inisiatif Jabatan Penjara Malaysia dalam memberi peluang kedua kepada penghuni penjara yang layak untuk kembali ke pangkuan masyarakat secara terkawal dan berperingkat.

Selain itu, sesi taklimat serta penerangan berkaitan syarat-syarat PBSL turut dilaksanakan bagi memastikan semua OBB memahami tanggungjawab dan pematuhan yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh lesen berkenaan.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sri Aman, TPP Awang Azizzan Hasbi yang turut menyelia proses serah menyerah melibatkan OBB, keluarga dan majikan.

Menurut kenyataan itu lagi, proses pelepasan, taklimat dan sesi serah menyerah berjaya diselesaikan sepenuhnya pada 12.00 tengah hari dalam suasana teratur dan lancar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buaya jantan 4.9 meter berjaya ditangkap di Sungai Kerang
Next: Belia luar bandar digalak kuasai AI, rebut peluang dunia digital – Doris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.