Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf dewan Kolej Tingkatan Enam Saratok akan dilaksana tahun ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf dewan Kolej Tingkatan Enam Saratok akan dilaksana tahun ini

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAPOR Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka telah hadir bagi sesi serah tapak projek RTP tersebut di Kolej Tingkatan Enam Saratok kelmarin. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menaik taraf Dewan Kolej Tingkatan Enam Saratok telah diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun ini demi meningkatkan keselesaan warga kolej tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek berkenaan merupakan antara usaha berterusan kerajaan dalam memperkasakan kemudahan pendidikan di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, projek naik taraf itu akan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik menerusi proses cabut undi yang dikendalikan oleh Pejabat Residen Bahagian Betong.

Katanya, sebelum kelulusan diberikan, pihak Pusat Khidmat ADUN Kalaka telah mengadakan sesi lawatan dan siasatan tapak selain beberapa siri perbincangan bersama pihak kolej bagi mengenal pasti keutamaan keperluan naik taraf utama di institusi berkenaan.

DEWAN Kolej Tingkatan Enam Saratok yang akan dinaik taraf.

“Setelah meneliti keperluan yang dikemukakan pihak kolej, projek ini akhirnya diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun ini,” katanya.

Beliau percaya projek tersebut bakal memberi manfaat besar kepada warga Kolej Tingkatan Enam Saratok terutama dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

“Saya percaya dengan siapnya projek ini nanti akan memberikan lebih keselesaan buat warga Kolej Tingkatan Enam Saratok,” katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka telah hadir bagi sesi serah tapak projek RTP tersebut di Kolej Tingkatan Enam Saratok kelmarin. 

Turut hadir Pengetua Kolej Tingkatan Enam Saratok, Omar Sharif serta wakil Majlis Daerah Saratok, Suriati David Thomas.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Lingga puji program CSR JTS Betong, Magna Focus bantu komuniti Triso
Next: Buaya jantan 4.9 meter berjaya ditangkap di Sungai Kerang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.