Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street berikutan sentimen positif selepas Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bahawa perang dengan Iran mungkin akan berakhir tidak lama lagi. 

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 2.21 mata kepada 1,719.90 daripada 1,717.69 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.74 mata kepada 1,721.43.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 283 berbanding 172 manakala 293 kaunter tidak berubah, 1,970 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 296.70 juta saham bernilai RM214.35 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, harga minyak mentah menurun kepada sekitar AS$105 setong manakala hasil bon AS merosot kepada 4.585 peratus selepas Wall Street ditutup tinggi.

“Sementara itu, Nvidia melaporkan prestasi suku pertama tahun fiskal 2027 yang lebih tinggi daripada jangkaan selepas pasaran ditutup, dengan prospek suku kedua turut mengatasi unjuran konsensus.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng ditutup rendah terutamanya dalam kalangan saham teknologi pertumbuhan tinggi berikutan kebimbangan terhadap kenaikan hasil bon AS yang meningkatkan kemungkinan bahawa Rizab Persekutuan tidak akan menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama. 

Dalam negara, katanya selepas FBM KLCI ditutup di bawah paras 1,720 mata semalam, konsolidasi dijangka berterusan dan aktiviti pembelian saham dijangka kembali hari ini berikutan prestasi Wall Street semalaman yang kukuh.

“Oleh itu, kami menjangka indeks diniagakan dalam julat 1,715 hingga 1,730 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM11.10, Public Bank dan CIMB, masing-masing menokok satu sen kepada RM4.78 dan RM7.77, Tenaga Nasional menurun dua sen kepada RM14.44 manakala IHH Healthcare mendatar pada RM8.99.  

Daripada saham aktif, EI Power yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat tujuh sen kepada 55 sen, PUC naik setengah sen kepada 2.5 sen, MKH menambah 24 sen kepada RM1.90, SkyeChip berkurangan 4.0 sen kepada RM2.17 dan Perdana Petroleum merosot setengah sen kepada 18 sen.    

Kaunter paling untung termasuklah Malaysian Pacific Industries, melonjak RM1.14 kepada RM45.34, Vitrox naik 18 sen kepada RM6.40, UWC menokok 17 sen kepada RM5.56, Petronas Gas menambah 16 sen kepada RM17.36 dan VSTECS meningkat 14 sen kepada RM5.89. 

Dalam kalangan kaunter paling rugi, Oriental menurun 18 sen kepada RM7.04, Petronas Dagangan merosot 12 sen kepada RM18.70, UMS Integration berkurangan 11 sen kepada RM8.02, Petronas Chemicals menyusut 10 sen kepada RM5.60 dan Dialog Group menurun enam sen kepada RM2.07.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 22.04 mata kepada 12,739.54, Indeks FBM Top 100 meningkat 21.06 mata kepada 12,579.67, Indeks FBM Emas Shariah menokok 18.06 mata kepada 12,661.77, Indeks FBM ACE menambah 31.23 mata kepada 4,689.19 dan Indeks FBM Mid 70 naik 51.56 mata kepada 18,260.50.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 36.72 mata kepada 20,049.13, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menurun 0.46 mata kepada 198.83, Indeks Tenaga merosot 6.02 mata kepada 786.47 dan Indeks Perladangan menyusut 11.23 mata kepada 8,649.44. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS didorong ketegangan di Asia Barat mereda
Next: Sarawak masuk fasa baharu pembangunan industri acara perniagaan di IMEX Frankfurt 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.