Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • WHO tegaskan wabak Ebola bukan ‘kecemasan pandemik’
  • KESIHATAN

WHO tegaskan wabak Ebola bukan ‘kecemasan pandemik’

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAMBAR hiasan.

GENEVA: Risiko wabak Ebola adalah tinggi di peringkat kebangsaan dan wilayah, manakala rendah di peringkat global, dan situasi semasa bukan satu ‘kecemasan pandemik’, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini, lapor Xinhua.

Bercakap dalam satu sidang media, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata Jawatankuasa Kecemasan WHO mengadakan mesyuarat pada Selasa dan bersetuju dengan penilaian awal beliau bahawa situasi Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC) dan Uganda merupakan Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC), namun ia bukan kecemasan pandemik.

Pada awal Ahad, Tedros mengisytiharkan PHEIC bagi wabak Ebola di kedua-dua negara berkenaan, menandakan kali pertama ketua WHO berbuat demikian tanpa mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan terlebih dahulu.

Setakat ini, sebanyak 51 kes disahkan di wilayah utara Ituri dan North Kivu di DRC, kata Tedros, sambil menjelaskan yang skala wabak di DRC adalah jauh lebih besar.

Uganda juga memaklumkan kepada WHO mengenai dua kes yang disahkan di ibu negara Kampala, termasuk satu kematian, melibatkan dua individu yang melakukan perjalanan dari DRC ke Uganda, katanya. Beliau berkata seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang bekerja di DRC turut disahkan positif.

Selain kes yang disahkan, terdapat hampir 600 kes susulan dan 139 kematian yang disyaki, kata Tedros.

Beliau berkata WHO menjangkakan angka berkenaan akan terus meningkat, mengambil kira tempoh masa virus itu menular sebelum wabak itu berjaya dikesan.

Tedros menegaskan adalah penting untuk bertindak serta-merta bagi mengelakkan lebih banyak kematian dan menggerakkan tindak balas antarabangsa yang berkesan.

WHO mengerahkan kakitangan, bekalan, peralatan dan dana bagi menyokong pihak berkuasa tempatan untuk bertindak balas, katanya.

Ketua WHO itu berkata beliau meluluskan peruntukan tambahan sebanyak AS$3.4 juta daripada Dana Kontingensi untuk Kecemasan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak AS$3.9 juta.

-Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan klinik pakar Hospital Bintulu akan ditangguh sempena cuti umum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.