Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Prestasi kewangan Sarawak 2025 kekal kukuh walaupun cabaran ekonomi global
  • SEMASA

DUN: Prestasi kewangan Sarawak 2025 kekal kukuh walaupun cabaran ekonomi global

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak berjaya mencatatkan prestasi kewangan yang lebih baik daripada unjuran apabila hasil negeri bagi 2025 mencecah RM12.553 bilion, sekali gus melepasi sasaran disemak sebanyak RM12.076 bilion, walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan tekanan pasaran komoditi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pencapaian itu mencerminkan ketahanan ekonomi negeri serta keberkesanan pengurusan fiskal yang berhemah dalam menghadapi cabaran global.

Bagi 2025, ekonomi dunia yang tidak menentu akibat turun naik pasaran komoditi serta unjuran minyak dan gas yang lebih sederhana telah memberi kesan kepada perancangan fiskal negeri, sekali gus menyebabkan unjuran hasil disemak semula daripada RM14.201 bilion kepada RM12.076 bilion.

Cukai jualan negeri ke atas minyak dan gas terus menjadi penyumbang terbesar kepada hasil keseluruhan negeri. Setakat April 2026, kutipan kumulatif cukai tersebut telah mencecah RM24.77 bilion sejak diperkenalkan pada Januari 2019, sekali gus mengukuhkan asas hasil negeri.

Dari segi perbelanjaan, pada 2025 Sarawak membelanjakan sejumlah RM14.17 bilion di bawah Perbelanjaan Mengurus, merangkumi RM5.37 bilion bagi perbelanjaan operasi, manakala RM8.8 bilion diperuntukkan kepada Akaun Kumpulan Wang Pembangunan bagi pelaksanaan pelbagai program dan projek pembangunan negeri.

Daripada peruntukan pembangunan berjumlah RM11.07 bilion, sebanyak RM9.8 bilion atau 88 peratus telah dibelanjakan, mencerminkan tahap pelaksanaan projek yang tinggi dan komitmen berterusan kerajaan negeri terhadap agenda pembangunan.

Bagi tempoh Januari hingga April 2026 pula, Sarawak menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM13.049 bilion. Setakat April, sebanyak RM3.865 bilion atau 29.6 peratus telah berjaya dikutip daripada pelbagai sumber utama termasuk cukai jualan negeri sebanyak RM1.585 bilion, pampasan tunai hak minyak dan gas RM1.106 bilion, dividen RM545 juta, royalti air mentah RM217 juta serta pendapatan faedah RM87 juta.

Turut menyumbang ialah premium tanah sebanyak RM87 juta, hasil perhutanan RM69 juta, geran serta bayaran balik persekutuan RM25 juta serta lain-lain hasil termasuk royalti perlombongan, jualan air dan sewaan tanah berjumlah RM145 juta.

Walaupun berdepan cabaran ketidaktentuan geopolitik yang memberi kesan kepada pasaran minyak dan gas global, kerajaan Sarawak menjangkakan impak terhadap unjuran hasil tahun ini. Namun begitu, usaha memperkukuh daya tahan fiskal akan terus diperkasa melalui pengurusan kewangan berhemah serta inisiatif bersasar bagi menyokong kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negeri.

Sementara itu, Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua itu menegaskan bahawa pelaksanaan program dan projek pembangunan akan terus diperkukuh agar setiap peruntukan dibelanjakan secara berkesan demi manfaat rakyat.

Bagi tempoh sama, setakat April 2026, sebanyak RM3.72 bilion atau 29 peratus daripada Perbelanjaan Mengurus telah dibelanjakan, manakala RM2.162 bilion atau 23 peratus bagi Perbelanjaan Pembangunan.

Menurut beliau, keutamaan kerajaan negeri adalah memastikan setiap perbelanjaan pembangunan dilaksanakan secara cekap dan berimpak tinggi. 

Beliau turut menegaskan bahawa perbelanjaan dijangka meningkat pada separuh kedua tahun ini seiring dengan kemajuan pelaksanaan projek, manakala semua pegawai pengawal dan ketua jabatan perlu terus komited memastikan pelaksanaan berjalan lancar, menangani isu secara proaktif serta mengurus kewangan secara berhemah bagi memastikan semua inisiatif pembangunan dapat direalisasikan mengikut peruntukan yang ditetapkan.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Ekonomi Sarawak dijangka berkembang sehingga 6.0 peratus pada 2026
Next: DUN: Abang Johari mahu penjawat awam kerap turun padang, dengar keluh rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.