Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Jet pejuang TUDM mendarat cemas di KKIA selepas alami masalah enjin
  • KEMALANGAN

Jet pejuang TUDM mendarat cemas di KKIA selepas alami masalah enjin

Utusan Sarawak 2 hours ago
JET pejuang TUDM mendarat cemas di KKIA selepas alami masalah enjin. Foto HMetro.

KUALA LUMPUR: Sebuah jet pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi, selepas mengalami masalah enjin.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan hari memaklumkan, insiden itu berlaku ketika pesawat berkenaan dalam penerbangan pulang selepas selesai menjalani Latihan Tembakan Udara ke Permukaan waktu malam di Kota Belud, Sabah.

Menurut kenyataan itu juruterbang pesawat telah mengambil tindakan segera dengan melaksanakan prosedur kecemasan sebaik mengesan gangguan pada sistem enjin.

“Sebagai langkah keselamatan, juruterbang telah membuat keputusan untuk mendarat di KKIA. Pesawat itu bagaimanapun dilaporkan berjaya mendarat dengan selamat pada 7.47 malam,” kata kenyataan itu.

Susulan kejadian berkenaan, TUDM telah mengaturgerakkan pasukan teknikal ke KKIA, bagi melaksanakan proses pemeriksaan menyeluruh serta bantuan teknikal ke atas jet pejuang terbabit.

Pesawat itu dijangka diterbangkan semula ke pangkalan asal selepas semua proses pemeriksaan dan pengesahan teknikal selesai dilaksanakan.

TUDM turut menegaskan aspek keselamatan operasi penerbangan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi dalam setiap pelaksanaan misi dan latihan yang dijalankan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut terbabit kemalangan di Jalan FAC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.