Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Semua parti komponen termasuk GPS nyata sokongan, terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal – Fahmi
  • NASIONAL

Semua parti komponen termasuk GPS nyata sokongan, terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal – Fahmi

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan MADANI bercakap pada sidang media mingguan yang diadakan di Angkasapuri hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada parti-parti gabungan dalam Kerajaan MADANI atas komitmen mereka untuk terus kekal bersama sehingga berakhir penggal pentadbiran kerajaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata penghargaan itu dizahirkan perdana menteri semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, khususnya kepada Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Komitmen ini mencerminkan keutamaan yang diberikan kepada kepentingan rakyat dan negara, sekali gus membolehkan kerajaan memberi tumpuan penuh kepada usaha menangani cabaran ekonomi susulan krisis di Asia Barat serta memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian pada sidang media mingguan pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di Angkasapuri di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut menghargai inisiatif Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) melaksanakan kaji selidik bagi mengenal pasti cabaran dan isu khusus yang dihadapi pelbagai sektor dan industri dalam kalangan ahlinya.

Beliau berkata dapatan kaji selidik berkenaan akan membantu kerajaan merangka serta menyelaraskan pelbagai inisiatif secara lebih strategik, berfokus dan berkesan.

“Langkah ini penting bagi memastikan isu serta permasalahan industri dapat ditangani secara menyeluruh, tuntas dan mampan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Gangguan penerbangan global: CAAM nasihat penumpang sentiasa semak status penerbangan
Next: Malaysia perlu perkukuh daya tahan rantaian bekalan industri kitar semula – MITI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.