Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • LPKP Sarawak gantung lesen dua lori pengadun simen selepas terbabit kemalangan maut
  • TEMPATAN

LPKP Sarawak gantung lesen dua lori pengadun simen selepas terbabit kemalangan maut

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEMALANGAN maut di Sibu pada 10 Februari lalu apabila lori pengadun simennya terbalik sebelum menghempap kenderaan Toyota Hilux. Foto Gambar fail

KUCHING: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak menggantung lesen dua lori pengadun simen milik sebuah syarikat pengendali selama enam bulan susulan penglibatan kenderaan berkenaan dalam dua kemalangan maut dalam tempoh singkat.

Pengerusinya, Michael Kong Feng Nian berkata, insiden terbaharu berlaku pada 21 April lalu membabitkan lelaki berusia 39 tahun yang maut di lokasi kejadian selepas dirempuh lori pengadun simen.

Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai amat menyedihkan dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Susulan kejadian itu, LPKP Sarawak segera mengarahkan Jawatankuasa Pengesyoran Tindakan Penggantungan atau Pembatalan Lesen untuk berhubung dengan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menjalankan siasatan serta mengesyorkan tindakan sewajarnya terhadap pengendali terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati pengendali yang sama turut terlibat dalam satu lagi kemalangan maut di Sibu pada 10 Februari lalu apabila lori pengadun simennya terbalik sebelum menghempap kenderaan Toyota Hilux.

“Dua insiden maut dalam tempoh singkat ini jelas menunjukkan wujud kelemahan serius yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

KEMALANGAN… Insiden terbaharu berlaku pada 21 April lalu membabitkan lelaki berusia 39 tahun yang maut di lokasi kejadian selepas dirempuh lori pengadun simen. Foto Gambar fail

Beliau berkata, berdasarkan syor jawatankuasa berkenaan, lembaga itu sebulat suara memutuskan untuk menggantung lesen dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut selama enam bulan.

Katanya, pengendali juga diwajibkan mengikuti latihan serta program pendidikan keselamatan secara menyeluruh melibatkan semua pemandu dan pekerja bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya, selain memperbaiki sikap, disiplin dan tahap tanggungjawab ketika mengendalikan kenderaan perdagangan.

“Selain itu, pengendali turut diarahkan memasang Peranti Had Kelajuan (SLD) dan system penjejakan GPS pada semua kenderaan mereka dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa keselamatan awam mesti sentiasa menjadi keutamaan dan insiden tersebut merupakan peringatan jelas bahawa sebarang kelalaian terhadap piawaian keselamatan boleh membawa akibat buruk.

“LPKP Sarawak akan terus mengambil tindakan tegas, drastik dan tanpa kompromi terhadap mana-mana pengendali yang gagal mematuhi piawaian ditetapkan.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan kecuaian dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan demi keselamatan serta nyawa orang awam,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: 28 projek SPS dan SPK sedia 2,761 lot kediaman di Sarawak
Next: RM183.07 juta diluluskan untuk 17 projek taman perindustrian di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.