Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cuaca panas ekstrem: Jemaah Malaysia diingat kurangkan aktiviti luar
  • SEMASA
  • TEMPATAN

Cuaca panas ekstrem: Jemaah Malaysia diingat kurangkan aktiviti luar

Utusan Sarawak 4 hours ago
JEMAAH haji Malaysia diingat kurangkan aktiviti luar susulan cuaca panas ekstrem di Makkah.

MAKKAH: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan dan mengurangkan aktiviti luar susulan cuaca panas ekstrem di Arab Saudi yang dijangka mencecah suhu 48 darjah Celsius dalam tempoh terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata peringatan itu amat penting memandangkan kemuncak ibadah haji serta operasi Masyair bakal berlangsung dalam keadaan suhu yang tinggi.

Beliau berkata jemaah disaran menggunakan laluan berbumbung atau membawa payung ketika bergerak ke Masjidil Haram, selain memastikan pengambilan air mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi dan strok haba.

“Para jemaah juga digalakkan untuk kekal berada di dalam khemah ketika operasi Masyair nanti bagi mengelakkan terdedah kepada cuaca terlalu panas, terutama ketika waktu wukuf,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zulkifli berkata pasukan perubatan haji Malaysia kini berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dengan pelbagai langkah proaktif telah disusun bersama pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah sepanjang musim haji, khususnya ketika operasi Masyair berlangsung.

Semalam, Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi mengeluarkan notis amaran cuaca panas ekstrem dengan suhu di sekitar Makkah dijangka mencecah 48 darjah Celsius.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan 1 Zulhijah 1447H ialah pada Isnin lepas, manakala hari wukuf di Arafah iaitu kemuncak ibadah dijangka berlangsung kurang daripada seminggu lagi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Op Tiris 4.0 fokus bendung penyeludupan barang kawalan
Next: Pertandingan Keling Belawan lambang warisan dan identiti masyarakat berbilang kaum di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.