
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri hingga 1.00 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Raub, Jerantut, Temerloh dan Maran.
Cuaca sama turut dijangka melanda Johor di kawasan Segamat, Kluang dan Mersing.
Di Sarawak pula, amaran dikeluarkan bagi kawasan Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.
-Bernama