Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: PRU mungkin lebih awal daripada PRN Sarawak – Dr Sim
  • SEMASA

DUN: PRU mungkin lebih awal daripada PRN Sarawak – Dr Sim

Utusan Sarawak 4 hours ago
 TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika ucapan penggulungan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Foto Jabatan Penerangan

PETRA JAYA: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berpandangan Pilihan Raya Umum (PRU) berkemungkinan diadakan lebih awal berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak susulan situasi politik semasa di Semenanjung.

Menurut beliau, keadaan politik negara ketika ini dilihat semakin tidak stabil dengan pelbagai polemik dan ketidaktentuan yang memberi kesan kepada rakyat.

“Berdasarkan kekacauan politik di Semenanjung sejak beberapa hari kebelakangan ini, PRU mungkin lebih awal daripada pilihan raya Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kementerian  Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Dr Sim berkata, Sarawak ketika ini berada dalam keadaan stabil di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan keadaan itu perlu dipertahankan sehingga 2030 bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan.

Menurutnya, kestabilan politik menjadi faktor penting yang membolehkan Sarawak terus berkembang meskipun dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global.

“Pada 2026, ramai rakyat Sarawak berasa bangga menjadi rakyat Sarawak. Sarawak juga diberkati dengan kestabilan politik di bawah kepimpinan Premier Sarawak yang berpandangan jauh,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat Sarawak supaya terus bersatu dan mempertahankan kestabilan negeri demi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara berterusan.

Katanya, Sarawak kini berada pada landasan pembangunan kukuh menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang memberi fokus kepada pembangunan mampan, ekonomi hijau dan kesejahteraan rakyat.

Dalam masa sama, beliau berkata rakyat Sarawak termasuk yang berada di luar negeri perlu memainkan peranan membantu kerajaan negeri mempertahankan naratif positif mengenai Sarawak termasuk di media sosial.

“Kita mesti berani bersuara dan memberi pengiktirafan sewajarnya terhadap pencapaian Sarawak. Jangan hanya melihat sahaja, tetapi bersama membantu Sarawak,” katanya.

Dr Sim berkata, rakyat Sarawak perlu terus mempertahankan semangat perpaduan dan kestabilan politik negeri demi masa depan generasi akan datang.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: DUN: Perang Asia Barat punca kos rumah meningkat di Sarawak – Dr Sim
Next: Kabinet Thailand batal program kemasukan tanpa visa 60 hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.