Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Keterjaminan makanan diperkasa, Sarawak guna model DBOT tarik pelaburan swasta
  • TEMPATAN

DUN: Keterjaminan makanan diperkasa, Sarawak guna model DBOT tarik pelaburan swasta

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Stephen Rundi Utom ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Petra Jaya hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda keterjaminan makanan negeri menerusi pendekatan baharu pembangunan sektor padi komersial menggunakan model Reka Bentuk, Bina, Operasi dan Pindah (DBOT) yang dijangka mampu menarik lebih banyak penyertaan sektor swasta serta mempercepat pelaksanaan projek pertanian berskala besar.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pelaksanaan model DBOT itu akan memberi penekanan kepada kecekapan operasi ladang melalui penggunaan mekanisasi moden serta peningkatan produktiviti pengeluaran padi di negeri ini.

Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 52 syarikat telah menyatakan minat untuk menyertai inisiatif berkenaan, dengan proses pelantikan syarikat yang berjaya dijangka dimuktamadkan menjelang penghujung tahun ini.

“Kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda keterjaminan makanan negeri menerusi sasaran meningkatkan tahap sara diri (SSL) bagi beras kepada 60 peratus dan daging lembu kepada 25 peratus menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Tambah beliau, Sarawak kini mencatatkan pencapaian memberangsangkan dalam tahap sara diri beberapa komoditi utama termasuk ayam sebanyak 117 peratus, babi (101 peratus), telur (100 peratus), buah-buahan (98 peratus), perikanan (96 peratus) dan sayur-sayuran (75 peratus).

Menurutnya, usaha memperkukuh sektor padi dan beras turut diperkasa menerusi kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 yang disifatkan sebagai langkah penting dalam membangunkan industri padi yang lebih mampan dan berdaya tahan.

Usaha berterusan kerajaan negeri itu diyakini mampu memperkukuh ekosistem agromakanan Sarawak sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan serta menjamin bekalan makanan yang lebih stabil dan mampan untuk rakyat.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SOPPOA gesa kerajaan semak semula pelaksanaan FWTA
Next: DUN: Lebih 98,000 rakyat Sarawak terima manfaat program digital komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.