Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • DUN: Sarawak mahu terus jadi kuasa besar sukan para
  • SUKAN

DUN: Sarawak mahu terus jadi kuasa besar sukan para

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ucapan penggulungan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Foto Jabatan Penerangan

PETRA JAYA: Sarawak terus memperkukuh pembangunan sukan orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan negeri ini kekal sebagai kuasa besar sukan para di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan termasuk penganjuran temasya sukan serta sokongan kepada atlet para negeri.

Menurutnya, kontinjen Olimpik Khas Sarawak muncul juara keseluruhan pada Temasya Olimpik Khas Malaysia ke-6 di Bintulu selepas meraih 176 pingat iaitu 56 emas, 68 perak dan 52 gangsa.

Beliau berkata, temasya tersebut menghimpunkan 778 peserta termasuk atlet, jurulatih dan pegawai dari 11 negeri serta wilayah persekutuan.

“Selaras dengan semangat dan ikrar Sukan Olimpik Khas iaitu ‘Let Me Win. But If I Cannot Win, Let Me Be Brave in The Attempt’, turut diperkenalkan Bravery Medal kepada semua atlet yang mengambil bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurutnya, sebanyak 224 atlet menerima Bravery Medal termasuk 65 atlet dari Sarawak.

Fatimah berkata, sepanjang temasya berlangsung, Program Atlet Sihat turut dilaksanakan melibatkan 391 atlet dan sebanyak 2,321 saringan kesihatan berjaya dijalankan.

Dalam perkembangan lain, seramai 31 atlet para Sarawak dipilih mewakili negara ke ASEAN Para Games Korat Thailand 2025 dan berjaya menyumbang 13 emas, 14 perak serta 10 gangsa.

Katanya, pencapaian itu sekali gus meningkatkan imej Sarawak sebagai ‘powerhouse’ sukan para negara.

Beliau turut menghargai keprihatinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menyediakan peruntukan RM2 juta bagi penganjuran temasya Olimpik Khas Malaysia 2026 di Bintulu.

Selain itu, kerajaan negeri turut menyalurkan insentif RM143,000 kepada 19 atlet para Sarawak yang memenangi pingat di Sukan Para ASEAN di Korat.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Karnival Futsal Bukit Saban 2026 perkukuh perpaduan, rancak ekonomi komuniti
Next: Ronaldo, 41, pimpin Portugal ke Piala Dunia keenam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.