Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Waspada jenayah pemerdagangan orang di kawasan sempadan
  • JENAYAH

Waspada jenayah pemerdagangan orang di kawasan sempadan

Utusan Sarawak 3 hours ago
WASPADA BERSAMA...Angela (duduk tengah) dan para tetamu bergambar bersama peserta program. 

LIMBANG: Jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang serius.

Wakil Pengarah Tenaga Kerja, Angela Hendry Bana berkata, jenayah tersebut melibatkan penahanan individu secara paksaan, penipuan atau ancaman bagi tujuan eksploitasi.

Menurut beliau, Limbang dipilih sebagai lokasi penganjuran Program Ambil Tahu dan Cegah Jenayah Pemerdagangan Orang kerana kedudukan geografinya yang bersempadan dengan Brunei sekali gus menjadikan usaha meningkatkan kesedaran mengenai jenayah tersebut amat wajar dan kritikal.

“Kita tidak mahu kawasan sempadan menjadi laluan transit atau pusat operasi sindiket. Oleh itu, membina benteng kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat merupakan langkah pencegahan paling utama,” katanya pada program yang diadakan di Dewan Bunga Raya, di sini hari ini.

Beliau berkata, Program Ambil Tahu dan Cegah Jenayah Pemerdagangan Orang diadakan bagi memperkasa kesedaran majikan mengenai peruntukan undang-undang di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Katanya, majikan juga perlu memastikan rantaian bekalan buruh mereka bebas daripada unsur eksploitasi.

“Program ini turut memberi panduan kepada masyarakat untuk mengenal pasti indikator pemerdagangan orang supaya tidak menjadi mangsa. Ini amat penting khususnya bagi golongan muda yang sering menjadi sasaran tawaran pekerjaan palsu.

“Pada masa sama, program ini memberi pendedahan berkaitan isu perburuhan kritikal seperti buruh paksa dan buruh kanak-kanak,” ujarnya.

Angela berkata, usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang bukan terletak di bahu pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan, keprihatinan dan keberanian semua pihak.

Turut diadakan sesi ceramah perburuhan yang disampaikan pegawai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain kaunter khidmat nasihat perburuhan serta pameran oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Limbang sebagai antara agensi terlibat.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Lelaki positif methamphetamine ditahan di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.