
KUCHING: Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii, akan menganjurkan acara perlawanan pertunjukkan pickleball di Star Pickleball pada 20 Mei (Rabu), jam 8.00 malam.
Acara tersebut akan menampilkan tetamu khas iaitu bekas pemain nombor satu dunia serta juara beregu Kejohanan Persatuan Pickleball Profesional (PPA) Malaysia 2026, Collin Johns.
Perlawanan itu akan menghimpunkan pemain pickleball terbaik di Kuching dan penyertaan daripada orang awam sebagai usaha mempromosikan sukan pickleball yang semakin berkembang pada masa kini.
Oleh Connie Chieng