Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: ‘Kalau bukan kita, siapa lagi?’ – Praty Sofia mahu martabat budaya Iban
  • Utara
  • WILAYAH

Eksklusif: ‘Kalau bukan kita, siapa lagi?’ – Praty Sofia mahu martabat budaya Iban

Utusan Sarawak 5 hours ago
 TAHNIAH… Praty Sofia Bantin ketika dinobatkan sebagai Kumang Bintulu 2026 dalam pertandingan Pekit Kumang Peringkat Bahagian Bintulu 2026 anjuran Persatuan Kebudayaan Dayak Sarawak (SDCA) baru-baru ini.

BINTULU: Praty Sofia Bantin dinobatkan sebagai Kumang Bintulu 2026 dalam pertandingan Pekit Kumang Peringkat Bahagian Bintulu 2026 anjuran Persatuan Kebudayaan Dayak Sarawak (SDCA) baru-baru ini sekali gus membuktikan kecintaan terhadap budaya Iban masih subur dalam jiwa generasi muda.

Menurut anak jati Bintulu itu, kemenangan berkenaan bukan sekadar gelaran di pentas pertandingan, tetapi amanah untuk terus memelihara identiti dan warisan masyarakat Iban.

“Perasaan saya bercampur-baur. Saya sangat gembira, terharu dan bersyukur. Selepas dua tahun menyepi, saya rasa semua usaha dan pengorbanan ini sangat berbaloi,” katanya kepada pemberita.

TAHNIAH… Praty Sofia Bantin ketika dinobatkan sebagai Kumang Bintulu 2026 dalam pertandingan Pekit Kumang Peringkat Bahagian Bintulu 2026 anjuran Persatuan Kebudayaan Dayak Sarawak (SDCA) baru-baru ini.

Praty Sofia berkata, penglibatannya dalam dunia Kumang bermula pada 2019 sebelum mula memahami bahawa pertandingan tersebut bukan hanya mengenai penampilan, sebaliknya penghayatan budaya dan adat masyarakat Iban.

“Dari situ saya belajar dari asas dan mula jatuh cinta dengan budaya Iban. Saya sedar bahawa menjadi Kumang bukan sekadar di pentas, tetapi membawa tanggungjawab untuk memahami dan memartabatkan budaya,” ujarnya.

Beliau berkata, antara kekuatan yang membantunya meraih gelaran Kumang Bintulu ialah kesungguhan mempelajari adat, bahasa dan budaya Iban daripada golongan lebih berpengalaman.

Katanya, keyakinan sebenar di atas pentas lahir daripada rasa bangga terhadap budaya sendiri.

“Bila kita cintakan budaya sendiri, keyakinan itu akan terpancar dengan sendirinya di atas pentas,” katanya.

Praty Sofia turut menegaskan bahawa menjadi Kumang bukan sekadar memakai busana tradisional, tetapi perlu memahami makna dan tanggungjawab di sebalik warisan tersebut.

“Kalau bukan kita yang menjaga dan mempromosikan budaya kita, siapa lagi?” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Komuniti Kemas Parlimen Lawas perkukuh sistem jaringan sosial komuniti dan isu rakyat
Next: JPJ Sarawak anjur ceramah keselamatan jalan raya sempena Minggu Kecemerlangan HSSE 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.