
PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak telah meluluskan penukaran nama Stadium Negeri sedia ada kepada Stadium Taha Ariffin.
Ini sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan besar Datuk Mohamad Taha Ariffin iaitu pengasas Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) pada 1974.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pengiktirafan itu merupakan penghormatan yang amat wajar kepada seorang individu yang jasa dan komitmennya telah banyak menyumbang kepada perkembangan serta kejayaan bola sepak di negeri ini.

“Di bawah kepimpinan beliau, Sarawak mencapai tahap kegemilangan dan meraih pelbagai kejayaan penting dalam acara sukan seperti muncul Juara Piala FA Malaysia pada 1992, serta menjuarai SUKMA selama tiga penggal berturut-turut pada 1990, 1992 dan 1994.
“Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan kekuatan pasukan pada ketika itu, malah memperlihatkan visi, dedikasi dan kepimpinan Allahyarham Datuk Mohamad Taha Ariffin dalam membina budaya serta identiti sukan yang kukuh untuk Sarawak,” katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya di sidang DUN hari ini.
Abdul Karim berkata, hari ini rakyat Sarawak menyaksikan kesinambungan legasi tersebut melalui pencapaian cemerlang Kuching City FC yang telah mencipta sejarah apabila berjaya mara ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025/2026 buat kali pertama sejak penubuhannya.
Sehubungan itu, beliau juga menyeru semua ahli di DUN serta seluruh rakyat Sarawak, agar memberikan sokongan penuh kepada Kuching City FC menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei 2026 (hujung minggu ini).
Untuk pengetahuan umum, Datuk Mohamad Taha Ariffin dilahirkan pada 23 Julai 1943, lulusan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari London.
Beliau meninggal dunia pada 25 November 2007.
Berikut sejarah ringkas latar belakang Allahyarham:
Selepas pulang ke Sarawak dari London pada 1973:
- Memasuki perkhidmatan awam Sarawak
- Berkhidmat selama lebih 20 tahun
- Meningkat sehingga menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (sekitar 1992–1997)
Beliau dikenali sebagai antara pegawai kanan paling berpengaruh dalam pentadbiran negeri pada era tersebut.
💼 Kerjaya selepas kerajaan (sektor korporat)
Selepas bersara daripada kerajaan:
- Terlibat dalam dunia korporat dan kewangan
- Menjadi pengerusi dan pengarah beberapa syarikat besar termasuk:
- Hock Seng Lee Berhad
- CMS Trust Management
- Utama Banking Group
- Sarawak Enterprise Corporation
Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Negara (Senator Malaysia) pada 2002–2004.
⚽ Sumbangan lain
Selain pentadbiran dan perniagaan, beliau juga terkenal dalam bidang sukan:
- Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) (1997–2003)
- Antara tokoh penting yang membangunkan bola sepak Sarawak pada era kejayaan 1990-an