Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Untung bersih Affin Bank naik 1.5 peratus kepada 135.5 juta pada suku pertama
  • BISNES

Untung bersih Affin Bank naik 1.5 peratus kepada 135.5 juta pada suku pertama

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Untung bersih Affin Bank Bhd meningkat sebanyak 1.5 peratus kepada RM135.50 juta bagi tempoh suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM124.09 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, bank berkenaan menyatakan peningkatan untung bersih itu dipacu oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM110.5 million.

Namun, sebahagian daripadanya diimbangi oleh perbelanjaan operasi yang meningkat iaitu sebanyak RM31.6 juta, elaun rosot nilai yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM60.2 juta serta bahagian keuntungan daripada syarikat sekutu yang lebih rendah iaitu sebanyak RM16.0 juta.

Perolehan juga berkembang kepada RM654.44 juta daripada RM543.93 juta sebelumnya.

“Pinjaman kasar dan pembiayaan mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 12.6 peratus, mencapai nilai RM82.1 bilion daripada RM72.9 bilion setakat 31 Mac, 2025.

“Deposit pelanggan bertambah sebanyak 3.5 peratus kepada RM78.1 bilion. Jumlah asas aset kumpulan menokok kepada RM125.7 bilion, dipacu terutamanya oleh pertumbuhan berterusan dalam portfolio pinjaman dan pembiayaan,” jelasnya.

Pendapatan faedah bersih (NII) berjumlah RM233.3 juta, bertambah sebanyak RM27.3 juta atau 13.3 peratus daripada RM206.0 juta bagi tempoh kewangan sebelumnya, menurut bank itu.

Bank tersebut memaklumkan pendapatan bukan faedah bagi tempoh yang dikaji adalah sebanyak RM186.0 juta, meningkat RM45.9 juta atau 32.7 peratus daripada RM140.2 juta bagi tempoh yang sama sebelumnya.

“Bagi tempoh kewangan yang berakhir 31 Mac, 2026, kumpulan mencatatkan pendapatan bersih iaitu sebanyak RM654.4 juta daripada RM544.0 juta bagi tempoh kewangan yang berakhir 31 Mac 2025 iaitu peningkatan sebanyak RM110.4 juta atau 20.3 peratus.

“Peningkatan itu dipacu terutamanya oleh pendapatan yang lebih tinggi daripada pendapatan daripada hasil yuran dan komisen bersih serta NII,” menurut bank itu.

Sementara itu, kumpulan berkenaan menyatakan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mac, 2026, untung sebelum cukai Affin Islamic Bank Bhd menurun sebanyak 33.1 peratus kepada RM58.3 juta daripada RM87.1 juta bagi tempoh kewangan sebelumnya.

“Affin Islamic Bank mencatatkan pendapatan pembiayaan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM28.4 juta disokong oleh pertumbuhan pembiayaan yang kukuh pada suku semasa, namun turut menyediakan elaun rosot nilai yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM41.2 juta pada suku semasa,” menurut bank itu.

Affin Bank berkata setakat 31 Mac, 2026, jumlah pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan kumpulan meningkat sebanyak 12.6 peratus tahun ke tahun kepada RM82.1 bilion.

“Pertumbuhan itu terutamanya dipacu oleh pertambahan sebanyak 19.4 peratus dalam segmen perbankan perusahaan, peningkatan 10.0 peratus dalam segmen perbankan komuniti dan naik 17.0 peratus dalam segmen perbankan korporat.

“Pinjaman perumahan berkembang sebanyak 7.7 peratus dan pinjaman pembiayaan automotif menokok sebanyak 4.4 peratus,” jelas bank itu.

Mengenai deposit, deposit pelanggan kumpulan meningkat sebanyak 3.5 peratus kepada RM78.1 bilion, bank itu memaklumkan.

“Akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) menokok 5.8 peratus suku ke suku kepada RM21.2 bilion manakala nisbah CASA berada pada 27.11 peratus setakat 31 Mac, 2026 daripada 32.21 peratus setakat 31 Mac, 2025,” menurut bank berkenaan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah berkata pihaknya menjangkakan konflik global yang sedang berlaku akan berterusan sehingga pertengahan tahun dan selepas tempoh itu harga minyak dijangka mula kembali normal.

Beliau berkata aktiviti perdagangan dan perniagaan juga dijangka kembali normal secara beransur-ansur pada separuh kedua tahun ini.

“Terbitan Sekuriti Modal Tambahan Tahap 1 bernilai RM500 juta pada Mei menerima minat yang tinggi daripada pelabur dan terlebih langgan sebanyak dua kali.

“Modal Tahap 1 ini akan memperkukuh kedudukan modal kumpulan dan menambah baik jumlah nisbah modalnya sebanyak 50 mata asas. Ini merupakan satu langkah berhati-hati memandangkan ketidaktentuan global semasa,” tambah beliau.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong sentimen positif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.