Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Moyan Laut
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Moyan Laut

Utusan Sarawak 6 hours ago
MOTOSIKAL mangsa yang terlibat kemalangan.

KOTA SAMARAHAN: Seorang penunggang motosikal berusia 47 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan ketika cuba mengelak seorang kanak-kanak perempuan di Jalan Kampung Moyan Laut, di sini pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Superintenden Barry William berkata kejadian berlaku kira-kira 5.00 petang ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Asajaya menuju ke Kampung Moyan Laut.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati mangsa sedang bergerak lurus sebelum motosikal tersebut melanggar seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang sedang joging di tepi jalan di atas garisan putih.

“Kanak-kanak itu mengalami kecederaan ringan pada kaki kanan, manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Asajaya sekitar 7.50 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak bagi tujuan bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Lelaki parah, kereta kemalangan kendiri
Next: Kereta dipandu warga emas rempuh premis, dua cedera ringan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.