TIDAK elok membuang bahagian tertentu ayam yang boleh dimakan untuk mengelakkan pembaziran.
Membuang kaki ayam diibaratkan sebagai satu pembaziran kerana boleh dijadikan sebagai lauk dan hidangan untuk dimakan.
Lauk kaki ayam ini ternyata adalah sumber makanan yang berkhasiat, salah satu faedah positif yang berkaitan dengan khasiat memakan kaki ayam adalah disebabkan oleh kandungan kolagen kaki ayam tersebut.
Penyelidikan dari sebuah universiti luar negara mengesahkan makanan ini adalah sumber alternatif yang baik untuk mendapatkan kolagen.
Kaki ayam bukan sahaja kaya dengan kolagen tetapi juga sumber asid hyaluronik, dan chondroitin sulfat.
Asid hyaluronik turut digelar sebagai ‘fountain of youth’ kerana ia boleh menghalang kesan penuaan.
Chondroitin sulfate pula adalah baik untuk osteoarthritis dan bermanfaat untuk individu yang mengalami masalah sendi.
Menurut Majalah Sains pula, makanan ini sememangnya mengandungi kolagen lebih daripada 20 peratus kolagen.
Kebanyakan kolagen ini akan terhidrolisis membentuk gelatin jika mencapai suhu 60 hingga 65 darjah Celsius.
Memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 darjah Celsius disebabkan sifat colligative), maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin.
Kolagen boleh digambarkan sebagai protein yang berfungsi sebagai gam yang ‘memegang badan kita bersama’.
Faedahnya bukan hanya untuk kesihatan kulit tetapi juga untuk jantung, bahkan dapat meningkatkan prestasi atlet.
Antara faedah lain daripada pengambilan kolagen adalah menjadikan kulit yang lebih sihat dan muda.
Ia kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat, ia boleh tingkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.
Selain itu, membantu badan dalam metabolizing lemak yang baik untuk penurunan berat badan.
Melambatkan kesan arthritis, mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).
Justeru itu, ntuk menikmati faedah kolagen dalam kaki ayam, masukkan kaki haiwan ini ke dalam sup, rebusan, stew atau dalam sebarang masakan, selamat mencuba.