Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 6,849 KIR terima bantuan makanan
  • TEMPATAN

6,849 KIR terima bantuan makanan

Utusan Sarawak 4 years ago
BANTUAN… Bantuan bekalan makanan kepada KIR terjejas PKP bagi kawasan DUN Tamin mula diagihkan. (Gambar Eshan Facebook Christopher Gira Sambang).

SIBU: Seramai 6,849 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai menerima bantuan bekalan makanan Rabu lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang berkata, bantuan diagihkan kepada 922 KIR di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Siong (di bawah Pejabat Daerah Sibu) dan 5,927 KIR (bawah Pejabat Daerah Selangau).

Katanya, proses pengagihan bantuan tersebut dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Cara untuk mengambil bantuan ini sama dengan bantuan tahun lepas, dimana hanya tuai rumah dan dua wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pergi ke lokasi yang ditentukan oleh pihak pejabat daerah dan Pusat Khidmat DUN.

Selepas itu, mereka akan mengagihkannya kepada KIR di rumah panjang masing-masing,�jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita semalam.

Beliau turut meminta semua tuai rumah menyediakan senarai KIR di rumah panjang mereka.

Selepas itu, penghulu akan memberikan senarai tersebut kepada pejabat daerah. Bantuan tersebut akan terus diagihkan,�ujarnya.

Kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan makanan dengan melibatkan suntikan dana berjumlah RM5.1 juta keseluruhannya kepada kira-kira seramai 73,000 KIR yang terjejas akibat PKP Bahagian Sibu.

Bahagian Sibu merangkumi tiga daerah iaitu Sibu, Selangau dan Kanowit serta 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyempurnakan upacara penyerahan bantuan tersebut yang berlangsung di Galeri Kompleks Islam Sibu, Rabu lepas.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Harga dabai seperti ‘harga emas’
Next: DISKAUN BIL ELEKTRIK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.