Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Demam Cakra Khan mula merebak di Padang Merdeka seawal 5.00 petang
  • TEMPATAN

Demam Cakra Khan mula merebak di Padang Merdeka seawal 5.00 petang

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUASANA di Padang Merdeka seawal 5.00 petang.

KUCHING: Seawal 5.00 petang, orang ramai sudah mula memenuhi kawasan Padang Merdeka bagi menghadiri hari kedua Kuching Music Festival (KMF) 2026 yang dijangka lebih meriah berbanding malam pembukaan semalam.

Walaupun persembahan utama belum bermula setakat jam 6.00 petang, suasana festival sudah cukup membangkitkan keterujaan apabila pengunjung mula mengambil tempat berhampiran pentas utama sambil menikmati pelbagai aktiviti dan jualan makanan di sekitar lokasi.

SUASANA di Padang Merdeka seawal 5.00 petang.

Ada yang datang bersama keluarga, rakan-rakan malah pasangan masing-masing semata-mata mahu mendapatkan posisi terbaik lebih awal untuk menyaksikan barisan artis popular malam ini.

Sorakan kecil mula kedengaran setiap kali muzik latar dimainkan, manakala lampu pentas yang mula diuji beberapa kali menambahkan lagi debaran penonton yang tidak sabar menunggu kemunculan artis kegemaran mereka.

Antara yang bakal menghangatkan pentas malam ini ialah Cakra Khan, Chien Ng, Mal Imran dan Carrie Geres, sekali gus menjadikan malam kedua festival itu antara yang paling dinanti-nantikan peminat muzik tempatan.

SUASANA di Padang Merdeka seawal 5.00 petang.

Cuaca yang baik turut membantu kelancaran suasana apabila orang ramai terus membanjiri kawasan festival dari semasa ke semasa.

Di bahagian belakang kawasan acara pula, tapak glamping dan ruang santai dilihat menjadi tumpuan pengunjung yang mahu menikmati pengalaman festival dalam suasana lebih santai sambil menikmati pemandangan pentas dari jauh.

SUASANA di Padang Merdeka seawal 5.00 petang.

Peniaga makanan dan minuman juga tidak menang tangan melayan kehadiran pengunjung yang semakin bertambah menjelang waktu persembahan bermula.

Jika malam pertama semalam berjaya menarik ribuan pengunjung dengan suasana cukup meriah, malam kedua kali ini dilihat membawa aura yang lebih besar apabila kawasan Padang Merdeka mula dipenuhi lautan manusia sebaik matahari terbenam.

Dengan sorakan penonton yang semakin kuat dan pentas utama yang sudah bersedia untuk menyala, Kuching sekali lagi bakal menikmati malam penuh muzik, cahaya dan energi di tengah-tengah bandar raya warisan itu.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Memorial Nan Qiao Ji Gong simbol patriotisme – Dr Sim
Next: KMF 2026 tarik pengunjung luar Sarawak, suasana meriah jadi tumpuan utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.