Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kecekapan pemancing wanita raih gelaran juara di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Kecekapan pemancing wanita raih gelaran juara di Miri

Utusan Sarawak 6 hours ago
JUARA…Yaw Ping Ping menunjukkan ikan tuna gigi anjing seberat 33.54 kilogram yang berjaya dinaikkan selepas pertarungan hampir 40 minit, sekali gus muncul juara kategori individu di Miri.

MIRI : Seorang pemancing wanita, Yaw Ping Ping, 35, mengambil masa hampir 40 minit untuk menaikkan ikan tuna gigi anjing seberat 33.54 kilogram, sekali gus menobatkannya sebagai juara kategori individu Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandaraya Miri ke-14, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan beliau menewaskan 10 pesaing lain dalam pertandingan yang menghimpunkan 58 peserta tempatan dan antarabangsa di perairan Miri.

Yaw membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 yang disampaikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii yang mewakili Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Yaw menyifatkan kejayaannya menaikkan ikan tuna gigi anjing itu sebagai pengalaman paling mendebarkan dan sukar dilupakan sepanjang penglibatannya dalam sukan memancing laut dalam.

Menurutnya, ikan berkenaan berjaya dinaikkan sekitar tengah malam pada hari kedua pertandingan kejohanan itu.

“Saya rasa sangat teruja dan bersyukur apabila ikan itu akhirnya berjaya dinaikkan selepas hampir 40 minit bertarung.

“Pertarungan itu benar-benar mencabar kerana kekuatan ikan sangat luar biasa, namun saat kemenangan itu memang satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kejohanan tersebut.

Sementara itu, Karim dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Yii berkata, selepas beberapa tahun terjejas akibat pandemik, kejohanan berprestij ini kembali dianjurkan dengan jayanya. Ia sekali gus mengukuhkan kedudukan Miri sebagai destinasi terkenal untuk aktiviti memancing laut dalam di rantau ini.

“Kejayaan penganjuran semula acara ini mencerminkan usaha keras, dedikasi dan semangat jawatankuasa penganjur, sukarelawan, penaja serta semua agensi yang terlibat,” katanya.

Turut hadir pada majlis ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: AADK perkasa kesedaran bahaya dadah di Niah
Next: PKPK RISDA jadi platform bantu pekebun kecil di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.