Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 17 kenderaan disita dalam Ops Gempur Kenyalang
  • JENAYAH

17 kenderaan disita dalam Ops Gempur Kenyalang

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANTARA kenderaan mewah yang disita pada Ops Gempur Kenyalang yang dijalankan di Jalan Ekspres Samarahan malam tadi.

KUCHING: Sebanyak 17 kenderaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menerusi Ops Gempur Kenyalang yang dijalankan di Jalan Ekspres Samarahan malam tadi.

JPJ Sarawak dalam satu kenyataan berkata, operasi berkenaan dilaksanakan Unit Operasi JPJ Kuching dengan penyertaan Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili bagi meninjau sendiri pelaksanaan penguatkuasaan di lapangan.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 895 kenderaan pelbagai jenis diperiksa sepanjang operasi dijalankan.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan dikesan antaranya tiada lesen memandu, penggunaan lampu HID dan LED yang tidak mengikut spesifikasi, lesen memandu tamat tempoh serta lain-lain kesalahan melibatkan aspek teknikal kenderaan,” menurut kenyataan itu, hari ini.

 ANGGOTA JPJ memeriksa kenderaan pada Ops Gempur Kenyalang yang dijalankan di Jalan Ekspres Samarahan malam tadi.

Antara yang disita adalah, ia dua kereta, satu jip mewah, van tingkap mewah, kenderaan pacuan empat roda, 10 motosikal, satu motosikal melibatkan pemandu warga asing dan satu lori pembancuh simen.

Kenderaan tersebut disita atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, pemandu warga asing tidak memiliki lesen memandu sah serta pengubahsuaian kenderaan secara ekstrem.

JPJ Sarawak menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus diperkukuh secara agresif dan berterusan bagi membanteras pelanggaran undang-undang jalan raya serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PDRM siasat dakwaan Jho Low hadiri mesyuarat rahsia di Malaysia
Next: Cubaan seludup minuman keras bernilai RM221,000 di Limbang gagal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.