Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • R&R Jelukong mula beroperasi, pacu ekonomi setempat
  • Selatan
  • WILAYAH

R&R Jelukong mula beroperasi, pacu ekonomi setempat

Utusan Sarawak 10 hours ago
RESIDEN Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh bergambar bersama pengusaha gerai dan pegawai terlibat sempena lawatan pemantauan ke R&R Jelukong yang kini mula beroperasi secara rasmi, hari ini. Foto UKAS

ENGKILILI: Kemudahan Rehat dan Rawat (R&R) Jelukong yang terletak di Engkilili kini mula beroperasi secara rasmi dengan menawarkan pelbagai fasiliti kepada pengguna jalan raya selain membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat.

Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh berkata, kemudahan yang dikendalikan oleh Sokanjaya Jabatan Kerja Raya (JKR) itu mampu meningkatkan tahap keselesaan dan kemudahan kepada pengguna khususnya yang melalui laluan utama di kawasan Engkilili.

“R&R ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya untuk berehat dengan lebih selesa dan selamat, malah turut membuka ruang kepada peniaga kecil menjana pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan pemantauan sempena hari pertama operasi R&R berkenaan bagi meninjau tahap kesiapsiagaan serta kelancaran pengurusan fasiliti itu.

RESIDEN Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh meninjau kemudahan serta operasi gerai sempena hari pertama pembukaan rasmi R&R Jelukong hari ini.

Sepanjang lawatan tersebut, Mahra turut meninjau lapan gerai perniagaan yang disediakan melibatkan tujuh gerai makanan dan minuman serta kedai runcit yang beroperasi setiap hari bermula 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

Selain itu, R&R berkenaan turut dilengkapi kemudahan tandas lelaki dan perempuan, surau, pondok rehat serta kawasan parkir bagi pengangkutan awam dan kenderaan persendirian.

Menurut beliau, kewujudan R&R Jelukong dijangka mampu merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan menerusi peluang perniagaan yang disediakan kepada usahawan kecil dan peniaga setempat.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: JPJ Bintulu laksana Ops Bas Pekerja di laluan Coastal Bintulu-Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.