Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi magnitud 6.3 gegar timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan
  • GLOBAL

Gempa bumi magnitud 6.3 gegar timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 6.3 menggegarkan timur laut Jepun hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Agensi Berita Kyodo.

Pusat gempa yang berlaku pada 8.22 malam itu terletak di luar pesisir Wilayah Miyagi pada kedalaman kira-kira 50 kilometer di bawah tanah, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Gempa bumi itu mencatatkan intensiti bawah lima pada skala intensiti seismik Jepun yang mempunyai tujuh tahap di beberapa kawasan di Wilayah Miyagi serta intensiti empat di Iwate dan beberapa bahagian Miyagi.

Menurut JR East, perkhidmatan kereta api laju antara Tokyo dan Wilayah Aomori di Laluan Shinkansen Tohoku dihentikan susulan gempa itu.

Tiada sebarang keadaan luar biasa dilaporkan di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang terkesan akibat bencana nuklear 2011 di timur laut Jepun, menurut pengendali loji berkenaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: 9 disyaki pelombong emas haram maut dalam tanah runtuh di Sumatera Barat
Next: Empat disahkan maut susulan wabak baharu Ebola di Republik Demokratik Congo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.