Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SKAS diperkasa, 874,878 penerima fasa kedua terima manfaat 
  • TEMPATAN

SKAS diperkasa, 874,878 penerima fasa kedua terima manfaat 

Utusan Sarawak 8 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat lain, di kaunter agihan di Eastern Mall, Siburan, hari ini. Foto Nadya Victoria 

SIBURAN: Kerajaan Sarawak memperkukuh penyaluran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 peringkat kedua melibatkan keseluruhan 874,878 penerima di seluruh negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penyaluran SKAS bagi fasa kedua ini bertujuan membantu rakyat mendapatkan keperluan asas, khususnya menjelang sambutan Gawai, selain memastikan keperluan isi rumah terus terpelihara.

“Tadi saya sempat berjumpa dengan penerima berumur 81 tahun. Walaupun beliau bujang, beliau menggunakan bantuan tersebut untuk membeli barangan dapur bernilai kira-kira RM50. Ini bermakna masih ada baki yang boleh digunakan untuk bulan-bulan berikutnya.

“Mereka juga mempunyai sedikit lebihan untuk kegunaan lain kerana harga barangan tertentu masih dikawal kerajaan. Dengan bantuan ini, lebihan wang itu boleh digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi turun padang penyaluran peringkat kedua Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di Eastern Mall, Siburan hari ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika sesi turun padang penyaluran peringkat kedua Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di Eastern Mall, Siburan hari ini. Foto Adele Rissa

“Objektif kita adalah memastikan dapur rakyat sentiasa berasap agar mereka dapat membeli keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan barangan dapur lain,” tegasnya. 

Penyaluran SKAS bagi fasa kedua ini dinaikkan daripada RM940 kepada RM1,140 dan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran agihan kepada penerima.

Jumlah itu merangkumi 857,814 penerima sedia ada serta tambahan 17,064 penerima baharu yang dikenal pasti menerusi senarai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2026.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari menjelaskan pemberian diskaun sewaan sebanyak 50 peratus kepada peniaga yang menyewa premis milik kerajaan dilihat sebagai usaha membantu mengurangkan kos operasi perniagaan.

“Kita berharap para peniaga dapat menyerap sedikit kenaikan kos sara hidup ini kerana kerajaan telah membantu mengurangkan kadar sewaan. 

“Dengan itu, kita berharap mereka tidak menaikkan harga barangan terlalu tinggi kerana usaha membantu rakyat perlu dilakukan bersama antara kerajaan dan peniaga,” ujarnya. 

Langkah itu diharap dapat membantu peniaga menyesuaikan diri dengan tekanan kos sara hidup semasa, selain memastikan harga barangan dan perkhidmatan kekal berpatutan.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Infrastruktur luar bandar di Limbang, Bukit Begunan perlu perhatian segera
Next: Kerajaan Sarawak terus perkasa pembangunan pedalaman Bario dan Ulu Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.