Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • NUTP mohon kerajaan kembalikan subsidi petrol 300 liter kepada guru
  • NASIONAL

NUTP mohon kerajaan kembalikan subsidi petrol 300 liter kepada guru

Utusan Sarawak 12 hours ago
Foto hiasan.

BUTTERWORTH: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula pemberian subsidi bahan api bulanan sebanyak 300 liter di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada warga pendidik sempena sambutan Hari Guru esok.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, ada guru yang menggunakan kuota subsidi BUDI95 individu untuk urusan rasmi, termasuk menghantar pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan pertandingan di peringkat daerah, negeri serta kebangsaan menggunakan kenderaan sendiri, sekali gus menyebabkan kuota subsidi petrol mereka cepat habis.

“Justeru, kami harap kerajaan akan mempertimbangkan semula pemberian kuota 300 liter itu sebagai penghargaan sempena Hari Guru,” katanya selepas menghadiri Majlis Semarak Hari Guru NUTP Cawangan Pulau Pinang Merentas Hari Pekerja bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong di sini hari ini.

Aminuddin berkata, permintaan itu telah dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi surat rasmi yang dihantar bulan lepas.

Beliau berkata, selain menanggung kos petrol, banyak guru turut menggunakan wang sendiri untuk membeli alat tulis, menggunakan komputer riba peribadi dan menanggung kos Internet bagi tujuan pengajaran serta urusan rasmi. 

“Guru bukan sahaja menggunakan wang sendiri untuk urusan rasmi, malah turut menggunakan kuota subsidi minyak mereka. Jadi, kami harap perkara ini dapat dipertimbangkan sebagai penghargaan kepada warga pendidik,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata NUTP turut memperjuangkan usaha supaya kerajaan menggubal Akta Perlindungan Guru bagi memastikan warga pendidik mendapat perlindungan sewajarnya ketika melaksanakan tugas.

Beliau berkata, cabaran dihadapi guru ketika ini semakin besar termasuk berdepan tindakan undang-undang atau surat tuntutan daripada ibu bapa sekiranya berlaku isu ketika menjalankan tanggungjawab mendidik dan mendisiplinkan murid.

“Jadi, sempena Hari Guru tahun ini, kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan usaha menggubal satu akta khusus bagi melindungi guru ketika menjalankan tugas,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Tempat kerja tidak selamat jika pekerja alami lesu upaya – Lee Lam Thye

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.