Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PKMB Sarikei mohon bantuan kesan waris OKU
  • TEMPATAN

PKMB Sarikei mohon bantuan kesan waris OKU

Utusan Sarawak 12 hours ago
PEJABAT Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei (PKMB) memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan waris kepada Orang Kurang Upaya (OKU) pembelajaran dikenali sebagai Krai Entai.

SARIKEI: Pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei (PKMB) memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan waris kepada Orang Kurang Upaya (OKU) pembelajaran dikenali sebagai Krai Entai.

Menurut PKMB Sarikei, individu berusia 39 tahun itu kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu, Selangor yang merupakan institusi kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi individu memerlukan perlindungan dan latihan bersesuaian.

Berdasarkan rekod kes, Krai telah diselamatkan oleh PKMB Sarikei pada 27 Februari 2002 ketika berusia 15 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan warisnya juga tidak diketahui.

Penama kemudiannya mendapat perlindungan di Rumah Kanak-Kanak Ajibah Abol, Sri Aman bermula 27 Mei 2002 hingga 22 Oktober 2010 sebelum ditempatkan di Taman Seri Puteri, Kuching dari 22 Oktober 2010 hingga 29 Ogos 2011.

Selepas itu, Krai ditempatkan di Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu sehingga kini.

PKMB Sarikei memaklumkan usaha mengesan waris dijalankan bagi membantu urusan permohonan kemasukan ke institusi kebajikan untuk pemulihan dan penempatan seterusnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris atau keluarga Krai diminta menghubungi PKMB Sarikei bagi membantu siasatan lanjut.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ombudsman Sarawak terima 67 aduan berkaitan salah pentadbiran
Next: Banjir di Miri, tanah NCR dan pembangunan luar bandar antara isu dibangkitkan ADUN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.