Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Brazil akan perkenal subsidi bahan api, kekang kenaikan harga
  • GLOBAL

Brazil akan perkenal subsidi bahan api, kekang kenaikan harga

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

BRASILIA: Kerajaan Brazil pada Rabu berkata ia akan segera memperkenalkan subsidi bahan api bagi membantu mengekang kenaikan harga yang dikaitkan dengan konflik di Asia Barat, dengan langkah itu pada peringkat awal melibatkan petrol dan berkemungkinan diperluaskan kepada diesel pada peringkat kemudian, lapor Xinhua.

Menurut kerajaan, petrol masih belum dilindungi di bawah subsidi atau pemotongan cukai yang diperkenalkan sejak tercetusnya konflik itu. Langkah berkenaan mungkin diperluaskan kepada diesel selepas program subsidi sedia ada tamat tempoh.

Kerajaan berkata subsidi itu akan dibayar terus kepada pengeluar dan pengimport melalui Agensi Nasional bagi Petroleum, Gas Asli dan Biobahan Api dan jumlahnya akan dihadkan pada kadar cukai bahan api persekutuan.

Menteri Perlombongan dan Tenaga Brazil, Alexandre Silveira menggesa pengedar dan stesen minyak memastikan pengguna dapat menikmati manfaat langkah itu dengan segera.

“Saya menyeru pengedar dan stesen minyak agar mempercepat pelaksanaan langkah persekutuan,” katanya.

Menteri Perancangan dan Belanjawan Bruno Moretti berkata subsidi itu akan dibiayai menerusi Belanjawan Persekutuan sambil mengekalkan kedudukan fiskal yang neutral tanpa menambah tekanan kepada kewangan awam. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ketua Rondaan Sempadan AS, Michael Banks letak jawatan
Next: Lapangan Terbang Helsinki ditutup akibat ancaman dron pagi ini- Laporan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.