
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan sembilan negeri sehingga 6.00 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat di Perak ialah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang serta Mualim; Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Bera dan Rompin); dan Selangor.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian dan Kulai).
Sementara itu di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Kapit serta Bintulu.
Di Sabah pula, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan selain Pantai Barat, Tawau serta Sandakan (Telupid dan Beluran). – Bernama