Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • 15 bank tawar moratarium
  • BISNES

15 bank tawar moratarium

Utusan Sarawak 4 years ago

PUTRAJAYA, 18 Jan -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membuat pengumuman khas mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) melalui siaran langsung, hari ini. 
-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA


PUTRAJAYA, Jan 18 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin when delivering a special address on the Malaysian Economic and Rakyat's Protection Assistance Package (PERMAI), which was telecast live here today.
--fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED


UMUM PAKEJ BANTUAN…. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membuat pengumuman khas mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) melalui siaran langsung, semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:Sebanyak 15 bank telah menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman bagi negeri yang dilanda banjir, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Moratorium bersasar, termasuk lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan terus ditawarkan oleh bank-bank seperti yang diumumkan sebelum ini, katanya.

“Setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam telah memohon dan menerima bantuan pembayaran dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi peminjam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Ini membuktikan bahawa rakyat tidak perlu bimbang untuk menghubungi bank jika mereka memerlukan fleksibiliti pembayaran,” katanya semasa membuat pengumuman khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) melalui siaran langsung TV dan platform sosial media di sini, hari ini.

Menurut perdana menteri, bagi peminjam yang menghadapi kesukaran berurusan dengan bank mereka, Bank Negara Malaysia serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bersedia untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada mereka melalui telefon atau secara dalam talian.

“Bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan bencana banjir, mereka boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan,” tambah Muhyiddin.

Permohonan penangguhan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021.

Sementara itu, bagi menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir, beliau berkata kerajaan telah dimaklumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000  bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.

Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 juga dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian, katanya.

“Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari,” katanya.

Muhyiddin berkata maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kerajaan jamin sistem kewangan teratur
Next: Pembayaran interim sehingga RM1,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.