Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Anggota tentera cedera parah, kereta kemalangan bersama pacuan empat roda di Jalan Sibu-Bintulu
  • KEMALANGAN

Anggota tentera cedera parah, kereta kemalangan bersama pacuan empat roda di Jalan Sibu-Bintulu

Utusan Sarawak 7 hours ago
REMUK… Kereta mangsa remuk selepas terlibat dalam kemalangan bersama pacuan empat roda di Jalan Sibu–Bintulu berhampiran jejambat Sibu, malam tadi. Foto IPD Sibu

SIBU: Seorang anggota tentera cedera parah selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan bersama pacuan empat roda di Jalan Sibu–Bintulu berhampiran jejambat Sibu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Azari Miskon berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar 7.00 malam itu, mangsa,29, memandu kereta dari arah pusat bandar menuju ke Sibu Jaya.

Menurutnya, kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas melintang di tengah jalan selepas melanggar tiang papan tanda besar berhampiran lokasi kejadian.

“Pada masa yang sama, pacuan empat roda dipandu seorang kontraktor berusia 43 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang sisi kiri kereta terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami patah kedua-dua kaki dan kini dirawat di Hospital Sibu. Pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azari berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas.

“Polis turut mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya 

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Stor runtuh akibat tanah susur di Tebedu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.