Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar arah agensi pembangunan usahawan turun padang bantu rakyat
  • NASIONAL

PM Anwar arah agensi pembangunan usahawan turun padang bantu rakyat

Utusan Sarawak 9 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan ‘Menggerak Belia MADANI’ di X Park Sendayan hari ini. Foto BERNAMA

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi pembangunan usahawan mempergiat usaha turun padang bagi mengenal pasti sendiri keperluan rakyat dan golongan peniaga kecil khususnya golongan belia.

Beliau berkata pendekatan turun padang dan tidak hanya menunggu di pejabat, amat penting bagi memastikan setiap bantuan, pembiayaan dan program kerajaan benar-benar sampai kepada kumpulan sasar serta mampu menyelesaikan masalah rakyat di peringkat akar umbi.

“Mesej saya jelas kepada semua agensi dan institusi kewangan kerajaan, cari jalan turun kepada rakyat. Jangan tunggu mereka datang ke pejabat memohon bantuan,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun serta Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.

Perdana Menteri berkata kementerian dan agensi berkaitan juga perlu lebih proaktif mendekati usahawan kecil serta peniaga muda di lapangan.

“Kalau ada gerai-gerai kecil di Kuala Lumpur, Seremban atau di mana-mana kawasan, turun jumpa mereka, tanya apa masalah mereka, ada modal atau tidak, kemudahan mencukupi atau tidak. Pihak kerajaan mesti hadir membantu rakyat,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata kementerian dan agensi berkaitan perlu lebih agresif mendekati usahawan kecil serta peniaga muda di lapangan termasuk melibatkan sektor ekonomi gig dan perusahaan kecil yang kini menjadi sumber pendapatan utama sebahagian besar anak muda.

“Kita tidak boleh melihat masalah dari pejabat semata-mata. Menteri dan agensi perlu turun sendiri melihat realiti rakyat dan mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kekuatan generasi muda perlu terus diperkukuh berteraskan keyakinan, idealisme serta nilai integriti yang tinggi bagi melahirkan golongan belia berprinsip dan berdaya tahan.

Anwar berkata perubahan dunia daripada era pertanian kepada revolusi digital dan kecerdasan buatan (AI) menuntut generasi muda bukan sahaja menguasai kemahiran teknologi, malah memiliki kekuatan prinsip, pemikiran kritis serta kejelasan nilai dalam mendepani cabaran semasa.

“Kalau hilang keyakinan dan idealisme, masyarakat akan mudah rosak kerana perjuangan hanya untuk kepentingan diri, kuasa dan kekayaan,” katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan golongan belia supaya berani menegur dan berfikir secara kritis, namun pada masa sama mengekalkan adab serta asas nilai yang baik demi membina masyarakat matang dan harmoni.

Pada majlis itu, Anwar turut melancarkan Pelan Tindakan Belia Malaysia 2035. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan MADANI sedia pembiayaan mikro lebih RM5 bilion untuk peniaga kecil, usahawan
Next: PM Anwar umum peruntukan RM5 juta kepada MBM, perkasa pembangunan belia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.