Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman KDNK suku pertama
  • BISNES

Ringgit rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman KDNK suku pertama

Utusan Sarawak 12 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri kenaikan selama tujuh hari dagangan berturut-turut apabila rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan peniaga berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 hari ini.

Pada 8.00 pagi, ringgit dibuka rendah kepada 3.9320/9370 berbanding dolar AS daripada 3.9300/9330 semasa ditutup pada Khamis walaupun diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tumpuan hari ini adalah pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 Malaysia, dengan kebanyakan ahli ekonomi menganggarkan pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus.

“Oleh itu, ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati,” katanya kepada Bernama dalam jangkaan bahawa data tersebut dapat meningkatkan mata wang tempatan.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS naik 0.36 peratus kepada 98.874 mata selepas data jualan runcit AS pada April 2026 menunjukkan perbelanjaan pengguna kekal kukuh.

Pada sesi pembukaan, mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.4823/4856 daripada 2.4886/4907, mengukuh berbanding pound kepada 5.2646/2712 daripada 5.3094/3135 dan naik berbanding euro kepada 4.5855/5913 daripada 4.6009/6044 semasa ditutup pada Khamis.

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0798/0842 daripada 3.0867/0893 semasa ditutup pada Khamis dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1171/1392 daripada 12.1506/1652 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 224.3/224.7 daripada 224.1/224.4 semalam dan menurun berbanding peso Filipina kepada 6.38/6.39 daripada 6.37/6.38 sebelum ini. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Tatneft sedia untuk potensi kerjasama dengan Petronas
Next: Bursa tinggi dalam dagangan awal, rendah kemudiannya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.