Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Cuaca panas di tiga lokasi Kelantan, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri termasuk Sarawak
  • SEMASA

Cuaca panas di tiga lokasi Kelantan, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri termasuk Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi kawasan Machang, Kuala Krai dan Pasir Mas di Kelantan.

Menurut kenyataan MetMalaysia pada 4.00 petang tadi, status itu dikeluarkan apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Dalam pada itu, menurut amaran yang dikeluarkan MetMalaysia pada 8.50 malam ini, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di lapan negeri hingga 1.30 pagi esok melibatkan Kedah di Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Cuaca sama turut diramal melanda Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang; Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) serta Selangor (Hulu Selangor).

Di Sarawak melibatkan Sri Aman (Lubok Antu), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala Sabah di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Sandakan (Tongod dan Telupid) selain Wilayah Persekutuan Labuan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sijil Analisis wajib untuk lima jenis sayuran import bermula 1 Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.