Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok latih pelajar dan orang awam tangani kecemasan di SK Wong Besi
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Saratok latih pelajar dan orang awam tangani kecemasan di SK Wong Besi

Utusan Sarawak 15 hours ago
SERAMAI 39 murid, 12 guru SK Wong Besi serta orang awam yang terdiri daripada warga sekolah telah mengikuti Latihan Orang Awam (LOA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Wong Besi, Saratok hari ini. Foto: APM Saratok

SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok telah mengadakan Latihan Orang Awam (LOA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Wong Besi bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan berkaitan keselamatan dan kecemasan dalam kalangan warga sekolah serta masyarakat setempat.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, program yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 10.30 pagi itu melibatkan penyertaan seramai 57 peserta terdiri daripada murid, guru dan orang awam.

Menurut beliau, latihan berkenaan dikendalikan oleh enam Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai Leftenan Muda Farizatul Amirah Ismail bersama lima anggota lain dari APM Saratok.

Katanya, seramai 39 murid, 12 guru dan enam orang awam yang terdiri daripada warga sekolah telah mengikuti sesi latihan tersebut dengan penuh komitmen dan kerjasama.

ANGGOTA APM Saratok memberi tunjuk ajar asas pertolongan cemas dan pengendalian kecemasan kepada peserta sempena Latihan Orang Awam di SK Wong Besi, Saratok. Foto: APM Saratok

Leftenan Nur Athirah menjelaskan, antara silibus utama yang diajar sepanjang latihan itu termasuk kaedah menangani renjatan, asas balutan luka dan kepatahan serta pengendalian haiwan reptilia.

Tambahnya, pendedahan seperti itu amat penting bagi membantu peserta memahami tindakan awal yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan sebelum bantuan lanjut tiba.

Menurut beliau lagi, latihan tersebut turut memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik asas menyelamat dan pengurusan situasi kecemasan secara praktikal.

Katanya, semua anggota LLP telah tiba di lokasi lebih awal bagi memastikan sesi pengajaran berjalan mengikut jadual yang ditetapkan serta mencapai objektif latihan.

Leftenan Nur Athirah turut memaklumkan bahawa sesi latihan tamat sepenuhnya pada 10.30 pagi dan berlangsung dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan atau insiden tidak diingini.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Operasi Cegah Jenayah IPD Betong perkukuh keselamatan awam
Next: Ops Bersepadu JPJ Sri Aman, JIM perkukuh penguatkuasaan undang-undang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.